USANA Health Sciences ialah Syarikat pembuat produk USANA untuk makanan tambahan berzat yang berkualiti tinggi melalui pengilangan khas yang unik dan menepati piawaian Farmaseutikal GMP (Pharmaceutical GMP).
Produk killernya bernama CellSentials™ merupakan produk USANA berformula multi-vitamin dan multimineral yang maju. Inilah formula produk USANA yang terhebat sekali kerana mendapat pilihan pertama dari penulis buku "The Comparative Guide to Nutritional Supplement over 1500 Products" bermula dari edisi pertama hinggalah ke edisi terkini, iaitu edisi ke 6.
Buku
ini bukanlah buku keluaran syarikat USANA. Bahkan, produk USANA tersenarai
bukanlah pilihan secara bias, tapi melalui standard kajian terperinci. Buku ini dibuat
menerusi arahan kerajaan Kanada dari sebuah syarikat NutriSearch Corporation.
Syarikat Nutrisearch Corporation mengkhususkan dalam penyelidikan nutrisi
dan kesihatan, yang difokuskan terutamanya kepada kepelbagaian suplemen vitamin
dan mineral. Produk utama NutriSearch Corporation adalah Buku "NutriSearch
Comparative Guide to Nutritional Supplements™", yang meneliti penyelidikan
semasa mengenai manfaat kesihatan dari produk suplemen untuk pencegahan penyakit
degeneratif. Panduan ini termasuklah membuat perbandingan dari spektrum
yang meluas terhadap kewujudan pelbagai produk suplemen di pasaran seluruh
dunia, yang turut tersedia di pelbagai wilayah. NutriSearch juga didapati
dalam edisi perunding tujuannya khusus untuk pengeluar suplemen pemakanan yang
ingin memperbaiki produk suplemen mereka.
Syarikat USANA diasaskan oleh Dr. Myron Wentz, penerima anugerah Albert Einstein Award pada tahun 2007, Pakar Ph.D dalam bidang Immunologist dan microbiologist. Beliau menutup Makmal The Gull Laboratories yang ditubuhkan beliau pada tahun 1974 di Salt Lake City yang bertujuan untuk diagnostik.
Di Gull Laboratories, beliau sudah mencipta alat ujian untuk diagnos penyakit berjangkit dari virus Epstein Bar dan alat ini digunakan di hospital-hospital di seluruh dunia yang ada pada masa ini.
Setelah penutupan Makmal Gull, beliau menubuh USANA Health Sciences berkonsepkan pencegahan pada tahun 1992
dan dari sinilah produk USANA mula dikenali.
Selain itu, beliau turut terlibat dalam aktiviti kebajikan dan
kemanusiaan seperti "the children hunger fund". Bahkan, beliau berjaya membina sebuah
institute perubatan bernama Sanoviv di Mexico.
USANA Health Science Building, 2007 |
Kepakaran beliau adalah kerana kejayaannya mengkultur sel (sel kanser) di dalam makmal dengan diberi nutrien formula spektrum yang lengkap dan seimbang sehingga sel tersebut sihat untuk berabad-abad. Kesannya, muncullah produk USANA berformula Essentials™, yang bermaksud nutrien-nutrien penting untuk sel sihat secara menyeluruh.
Mengenai Produk USANA
Formula Essentials™ dijadikan formula asas pertama untuk produk USANA. Fungsinya, untuk keperluan badan manusia secara asas dan
ia dikembangkan menjadi produk bermutu dan berkualiti tinggi.
Bermula dari formula Essentials, produk USANA berkembang lebih khusus seperti untuk
sistem kardiovaskular, tulang, sendi, mata, imunisasi, organ dan otot manusia. Kini
produk USANA maju berkembang ke
peringkat yang lebih tinggi dalam industri suplemen.
Pengenalan
USANA pada awalnya dengan nama Essentials dinaiktaraf kepada
formula lebih canggih. Hasil dari teknologi InCelligence, USANA berjaya mencipta formula
baru
untuk produknya. Produk USANA bernama Essentials ditambahbaik. Kini, formula Essentials telah
dijenamakan
kepada nama CellSentials yang memfokuskan kepada produk yang berfungsi untuk tindakbalas
triple-action, iaitu mempersuburkan, memperlindungkan serta memperbaharukan
sel-sel manusia. Jika dulu, produk USANA bernama Essentials terkenal
dengan formula terbaik sebagaimana didedah buku panduan NutriSearch, kerana
menepati piawaian nutrisi vitamin, mineral, kofaktor vitamin, kofaktor mineral,
phytonutrien dan antioksidan. Sekarang, setelah produk usana dinaiktaraf kepada formula
CellSentials, panduan NutriSearch memilih formula baru ini sekali lagi sebagai
produk terpilih berbanding produk suplemen lain di pasaran sekarang.
Di USANA, saintis turut mementingkan tentang penjagaan kulit menerusi pengenalan produk-produk
untuk penjagaan & kecantikan kulit. Produk usana bernama Sense, pada
awalnya juga dinaiktaraf kepada formula baru iaitu,
Celavive. Formula terbaru produk USANA yang
dijenamakan sebagai Celavive ini kerana menumpukan kepada penjagaan kulit yang
menggunakan kuasa teknologi terbaru syarikat, iaitu Cell Signalling dari
teknologi InCelligence.
Selain
produk USANA yang fokus kepada nutrien vitamin dan kecantikan, produk USANA juga
tak ketinggalan sediakan satu set produk khas untuk kesihatan berat badan.
Inilah kategori produk USANA yang menjadi pilihan, khususnya kerana
siri produk usana ini berasaskan makanan yang kaya dengan nutrien vitamin, mineral,
protein, dan fiber
yang mempunyai status glisemik indeks yang rendah dan produk USANA inilah yang
paling sesuai sekali untuk anda impikan dalam
mengikuti program pengurusan berat badan yang serius.
(published research conducted by Dr.Myron Wentz)
Kekuatan Syarikat USANA Health Sciences
Head Quarters USANA, 2007 - makmal in house |
Satu-satunya syarikat "direct selling" yang ditubuhkan pengasas saintis yang memiliki kepakaran bidang sains dan ilmu perubatan luas, serta penerima anugerah the Albert Einstein Award, dialah Dr. Myron Wentz(gambar di sebelah)
Syarikat yang memiliki makmal 'in-house' ini berkemudahan dengan status syarikat berfasiliti 'state-of-art-manufacturing' merupakan sebuah syarikat gergasi dalam penghasilan produk USANA jenis "dietary supplement". Banyak pengiktirafan antarabangsa samada secara sukarela atau tidak, USANA dan produk USANA tidak asing dari pengiktirafan terhormat ini contohnya pengiktifan pensijilan daripada NSF, ConsumerLab.com, berjaya mencapai syarikat bukan sekadar GMP sahaja, bahkan berstatus Farmaseutikal, sekali gus meletakkan USANA sebagai satu syarikat yang bersaing dalam bidang yang sama walaupun usia tidak setanding pesaing.
Misi & Visi USANA
Kini, produk usana telah diterima berpuluh ribu manusia dari pelbagai negara di bumi, termasuklah Malaysia setelah pasarannya dibuka pada 2007, bulan Januari.
Kemasukan usana ke negara-negara seperti Mexico, Canada, United Kingdom, Netherlands, Perancis dan Belgium di sebelah Eropah menunjukkan kewajaran kepada peningkatan permintaan terhadap produk USANA yang berkualiti dan sudah menjadi suatu keperluan yang istimewa berbanding lain-lainnya.
Produk Usana Dipasarkan Secara Meluas Tanpa Had & Batas. |
Inginkan panduan pemakanan produk usana yang lengkap?
No comments:
Post a Comment