Translate

Monday, November 20, 2017

Apa itu vitamin B12?

Vitamin B12 adalah vitamin B yang penting untuk kesihatan manusia & ianya mudah larut di dalam air. Dari segi tindakbalas kimianya — ia merupakan vitamin yang paling kompleks di antara semua jenis vitamin — ia juga unik dalam dua keadaan. Satu-satunya jenis vitamin yang mengandungi komponen mineral, dan salah satu daripada beberapa isi zat penting dalam tubuh badan manusia yang memiliki mineral cobalt, ialah vitamin B12.

Peranan Vitamin B12, Folic Acid & B6 Dalam Mengawal Tahap Homocystein Darah Manusia
Vitamin B12 juga sejenis koenzim, bermaksud fungsinya hampir dekat dengan (dan penting juga untuk) satu atau banyak aktiviti enzim. Dalam badan manusia, vitamin B12 akan mengikat pada enzim yang ada tujuannya untuk kitaran metabolik folic acid, juga vitamin B lain, yang turut diperlukan untuk metabolisma asid amino, sintesis asid nucleic, pembentukan sel darah merah, juga untuk ketahanan sintesis myelin(dinding pembalut sel saraf manusia). Vitamin B12 yang rendah dalam badan boleh mengganggu proses regenerasi folic acid serta merencatkan pertumbuhan akibat daripada folic acid yang rendah. Inilah sebabnya, kadang-kadang isu kekurangan vitamin B12 ini menjadikan ujian makmal dan simptom-simptom analisis klinikalnya itu dikelirukan dengan berkurangnya zat folic acid.

4 Kesan Buruk Bila Badan Kekurangan Vitamin B12 & 7 Petanda Menunjukkan Anda Sedang Kekurangannya Dalam Badan
Kadar serapan vitamin B12 ini berperingkat-peringkat tahap prosesnya, dan kegagalan dalam mana-mana tindakbalas sistem enzim samada melibatkan proses pembuangan, pengangkutan, maupun penyerapan B12, boleh mengakibatkan sukatan vitamin B12 turut jadi rendah bacaan dalam badan kita. Bukan setakat dari sudut tindakbalas dalaman sahaja, isu kekurangan sukatan vitamin B12 ini juga boleh terjadi kerana diet kita ambil dari makanan juga tak mencukupi permintaannya. Simptom-simptom klinikal akibat kekurangan vitamin B12 ini boleh mengakibatkan badan dengan penyakit seperti:-
1. Anemia yang agak teruk, 
2. Berlaku keadaan seperti kebas-kebas serta semut-semut pada bahagian tangan dan kaki, 
3. Akan berlaku lemah daya keseimbangan tubuh, koordinasi jalan tak seimbang(jalan terhuyung hayang), serta 
4. Boleh juga mengakibatkan masalah sakit mental. Kes seperti vitamin B12 yang terlalu rendah ini kadang-kadang agak sukar untuk dirawat.
Vitamin B12 bekerjasama dengan folic acid dan vitamin B6 dalam proses mengekalkan sukatan homocysteine, iaitu salah satu faktor bebas yang berisiko tinggi kepada berlakunya penyakit kardiovaskular.
Semua sumber vitamin B12 yang dijumpai di alam sekitar ini kebanyakannya dijadikan oleh mikroorganisma.
Namun, sumber-sumber diet yang selalu wujud termasuklah seperti daging dengan produk berunsurkan daging, serta jarang-jarang sekali ada juga pada produk berasaskan susu. Pengamal diet vegetarian yang terlalu ketat boleh meningkatkan kadar kekurangan vitamin B12 yang terlalu tinggi memandangkan mereka tiada langsung diet berunsurkan daging, melainkan kalau makanan mereka itu didiami oleh mikroorganisma. Oleh sebab itulah, dengan cara membekalkan vitamin melalui kaedah suplemen boleh membantu selesaikan masalah kekurangan vitamin B12 dalam diet mereka.
Setakat ini, belum jumpa lagi rekod pemerhatian menunjukkan kesan buruk jika vitamin B12 diambil pada mana-mana sukatan sekalipun.

190
Apakah 7 petanda awal bila kekurangan vitamin B12? Sila tonton video di bawah ini:


No comments:

Post a Comment