Translate

Monday, November 20, 2017

Sejauh manakah keperluan saya nak ambil vitamin A dalam diet tambahan saya?

ADAKAH VITAMIN A BERACUN?

Vitamin A boleh bertoksid bila terlebih ambil, dan sama juga zat besi(iron), selenium, manganese(mangan), vitamin D serta beberapa lagi nutrien-nutrien lain. Namun, ia agak mustahil untuk jadi terlebih dalam pengambilan bersama air tulen. Kita tak lagi risau dengan isu keracunan vitamin D, tetapi dalam beberapa kes, vitamin A memang masih jadi isu lagi setakat ini.

Kebimbangannya masih lagi tak terjawab. Hanya kerana retinol itu berkemungkinan jadi beracun, bukanlah ianya membawa maksud retinol itu betul-betul bertoksid sampai menganggap bahawa ia sepatutnya dielak terus dari diambil.

Mari kita lihat dari sudut pandang yang lebih rasional bilamana menyentuh tentang had pengambilan vitamin A ini. Kalau ikutkan perbincangan suatu ketika dulu, telah lama cadangan mengatakan pengambilan vitamin A jenis retinol(pre-formed) tidak sepatutnya melebihi 10,000 IU buat golongan wanita dari kalangan ibu mengandung, kerana menganggap kesan kononnya mungkin bakal mendatangkan kelemahan pada pertumbuhan bayi dalam kandungannya pula.

Kesan dari tanggapan ini, menyebabkan pakar-pakar dari kalangan profesional juga turut tersalah anggap sehingga meletakkan kayu ukur terakhir bahawa had itu tadi adalah had 'toksid', bahkan menasihati wanita mengandung ini supaya melarang dari mengambil vitamin A kesemuanya terus. Padahal, itu bukannya kayu pengukur yang selamat pun untuk menilai cara yang betul, lagipun ia belum ada penunjuk aras yang tepat lagi nak kata bahawa vitamin A itu bertoksin.

Hakikatnya, belum pernah lagi kes-kes berlakunya kecacatan pada perkembangan bayi semasa lahir sekalipun apabila seseorang ibu mengandung sebelum daripada itu pernah mengambil vitamin A pada paras sukatan 25,000 IU ke bawah.

Jadi, 10,000 IU sebenarnya bukan sukatan menunjukkan paras toksid, sebaliknya ia cuma tanda aras menunjukkan tahap selamat sahaja. Namun, tahap 25,000-50,000 IU yang diambil secara kronik berbulan-bulan dan bertahun-tahun itu boleh jadi bermasalah yang berat juga, cuma bagi seseorang yang pada peringkat awalnya memang sudah ada masalah organ hati yang rosak dalam badannya. Sebenarnya, tahap ia boleh jadi bertoksid itu terlalu sukar nak diperolehi sekadar dari diet atau dari multivitamin suplemen semata(melainkan jika anda jenis suka ambil makanan yang ada organ hati sepanjang hari dalam diet anda). Secara asasnya, anda akan mengalami vitamin A yang bertoksid atau beracun jika anda mengamalkan jenis suplemen yang mengasingkan konsep multivitamin dan hanya bergantung semata-mata pada suplemen vitamin A sahaja, serta ditambah lagi dengan diet bekalan minyak organ hati ikan laut cod sepanjang hari setiap masa.
Vitamin A yang wujud dalam bentuk retinol, retinyl palmitate, atau retinyl acetate ini bukanlah satu jenis keluarga vitamin A yang boleh menakutkan atau perlu dielak pun. Sebaliknya, ia juga merupakan salah satu vitamin yang penting juga.

No comments:

Post a Comment