Translate

Tuesday, July 3, 2012

Masalah Hati Berlemak Pengaruhi Obesiti: Langkah Pencegahan Melalui Supplemen Hepasil DTX USANA


Peranan Organ bernama Hati:

Kebanyakan daripada kita mengambil mudah aspek penjagaan kesihatan, tidak terkecuali kesihatan hati. Ini mungkin juga disebabkan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar akan peranannya.
 

Namun ketahuilah bahawa hati menjalankan pelbagai fungsi penting tubuh dan membolehkan kita kekal sihat.

Antara fungsi penting hati termasuklah menapis dan menyahtoksik darah, protein, membantu dalam pembekuan darah, menyimpan sesetengah vitamin, mineral, mengawal atur hormon dan pelbagai lagi. Oleh yang demikian, janganlah mengabaikan penjagaan atau menunggu hingga sudah terlewat. Dengan nutrisi dan suplemen yang betul kita masih mampu mengelak kerosakan hati serta mencegah kerosakan yang lebih parah kepada masalah yang sedia ada.

Organ Hati Berlemak Membahayakan Kesihatan

Kekalkan diet rendah lemak. Penyakit hati berlemak kini kian menjadi isu kesihatan yang digeruni. Alkohol kini bukan lagi bahan utama dikaitkan dengan kerosakan hati. Pengumpulan lemak dalam hati adalah penyumbang utama kepada Non-alcoholic fatty liver disease (NAFLD) atau hati berlemak bukan akibat alkohol. Hati berlemak lazimnya tidak mempamerkan simptom, namun lama-kelamaan, masalah ini boleh menjurus kepada komplikasi yang lebih parah seperti keradangan, hati berparut, pengerasan hati dan juga kegagalan fungsi hati.

Diet Makanan Lemah vs "Milk Thistle":

Kajian mendapati bahawa sindrom metabolik di kalangan pesakit hati berlemak bukan disebabkan alkohol. Ia berkait rapat dengan berat badan berlebihan atau obesiti di bahagian abdomen, paras kolesterol baik (HDL) yang rendah, paras trigliserida yang tinggi dan intoleransi glukosa. Oleh itu, mengawal kriteria-kriteria ini bermanfaat dalam mencegah dan merawat penyakit hati berlemak bukan alkohol.

Berdasarkan hasil kajian ke atas silymarin, iaitu komponen dalam milk thistle mampu memperbaiki fungsi hati dan mencegah kerosakan hati pada pesakit hati berlemak. Silybin yang merupakan komponen paling aktif dalam silymarin pula mampu menstabil membran-membran sel terhadap bahan toksik. Bahan aktif yang juga bertindak sebagai antioksida ini juga boleh meningkatkan aktiviti enzim penentang radikal bebas dalam sel-sel tubuh manusia, memperbaiki fungsi menyahtoksik hati dan menggalakan pemulihan hati.

Menurut laporan dalam the Journal of Alternative and Complimentary Medicine tahun 2003, dos harian silymarin lazim dalam ujian klinikal adalah antara 280mg hingga 800mg, iaitu bersamaan dengan 400mg hingga 1140mg ekstrak Milk thistle. (diesdut & disemak dari Blog Info Kesihatan)

Alternatif Supplemen Sebagai Jalan Pencegahan:

"Milk thistle sebagaimana dinyatakan di atas itu tadi, boleh didapati di pasaran melalui produk-produk supplemen. Contohnya Produk bernama Hepasil DTX (lihat gambar). Produk ini boleh dibeli atau didapati di USANA. Manual produk tersebut boleh didapati melalui info produk yang diberikan wakil pengedar. Anda boleh mendapatinya di sini juga(sila klik link ini: http://www.usana.com/media/File/Landing%20page/MY%20Landing%20Page/HepasilDTX_BM.pdf)
"Milk Thistle" Di gunakan sebagai remedi semulajadi melebihi 2,000 tahun dahulu kala bagi menyokong kesihatan hati. Hati menggunakan Milk thistle bagi memberi perlindungan terhadap tekanan oksidatif. Tambahan pula, ia merangsangkan laluan detoksifikasi hati dan mempunyai properti-properti atau ciri-ciri bahan antioksidan yang kuat bagi membantu menguatkan sel-sel pada hati sekaligus melindunginya.

Bercakap Tentang Hepasil DTX & Kepentingannya:

Formulasi Hepasil DTX dari usana ini boleh membantu mengatasi tekanan oksidatif di dalam hati dengan gabungan antioksidan yang kuat. Ini termasuklah ekstrak teh hijau dan konsentrat brokoli. Ia juga memiliki khasiat Olivol® berpaten USANA untuk memberikan sokongan antioksidan yang sempurna. Dengan 300mg (3 tablet sehari), ekstrak "Milk thistle" berbio-wujud tinggi yang berkualiti tinggi ini, Hepasil DTX memberikan sokongan komprehensif untuk hati selain daripada dikayakan juga dengan 25mg ekstrak kunyit pada satu-satu tabletnya khusus untuk menambah kelebihan antiosida berkhasiat curcumin yang hanya didapati di dalam keluarga halia seperti yang terdapat di India dan Asia Selatan.
Segala maklumat yang lebih lanjut berkenaan dengan produk Hepasil DTX ini, boleh berhubung dengan wakil pengedar dari kumpulan "USANA Health Sciences Malaysia Care Services melalui facebook ini: https://www.facebook.com/sahabatsuplemenanda