Mitosnya - Inilah yang biasa kita pernah dengar, kononnya mengamalkan pemakanan produk suplemen tambahan ini tujuannya adalah kerana menggantikan diet harian kita di rumah. Sehingga, ada yang sanggup berfikir bahawa bila makan suplemen, tak perlu lagi jaga diet kononnya dengan suplemen sudah memadai boleh jaminkan kesihatan abadi. Wah, ajaib sungguh suplemen ini jika benar ia boleh ubah kesakitan itu kepada kesihatan serta merta tanpa perlu hirau lagi tentang penjagaan makanan yang seimbang & betul.
Harapkanlah kemaafan untuk tanggapan diri anda sebegini rupa buat masa ini, kerana pandangan seperti tadi itu ternyata mustahil & salah sama sekali!Tapi, inilah tanggapan majoriti daripada kita hari ini. Jadi, jika anda juga masih beranggapan begitu, buanglah tanggapan ini sejauhnya! Tinggalkan pandangan sebegini untuk era baru pada masa kini.
Sebenarnya, sebagai kesimpulan dalam soal seperti ini, biar saya 'cerahkan' penjelasan saya dengan membuat sedikit pendekatan kepada diet asal kita dari awal-awal kejadian kita di rumah lagi. Ini menunjukkan bahawa betapa perlunya amalkan diet seimbang itu dari saat awal-awal lagi anda diberikan suapan makanan dari orang tua anda di rumah.
Cuma, satu perkara lagi yang harus anda sedar tentang keadaan diri anda itu ialah bila semakin bertambah usia, anda tak dapat lari dari hakikat tua. Inilah dinamakan oleh saintis sebagai proses penuaan. Manusia wajib akan berdepan dengan hakikat ini. Inilah kunci diri anda bahawa kenapa kita sangat-sangat perlukan kepada TAMBAHAN dari luar lagi selain daripada hanya penggantungan kita kepada menjaga diet seimbang semata. Tapi, usana & ahli usana sendiri dididik supaya bukan juga bergantung kepada suplemen usana semata jika diet seimbang di rumah & penjagaan badan di luar rumah juga tidak dibentuk dengan penjagaan yang rapi,tetap akan jatuh sakit juga akhirnya.
Pokoknya, amalkanlah keseimbangan dalam setiap segi samada seimbang dalam diet makanan di rumah, seimbang dari aktiviti fizikalnya, pada masa yang sama disiplinkan diri dengan pengambilan suplemen yang betul dan tepat untuk diri anda.
No comments:
Post a Comment