Apa itu Radikal bebas?
Radikal bebas (pro-oxidant) merupakan atom-atom atau molekul-molekul yang kehilangan elektron (elektron yang tiada pasangan). Mereka adalah bahan-bahan reaktif yang boleh terbentuk dalam banyak cara, dan bilamana sudah terbentuk, mereka boleh guna reaksi tindakbalasnya itu untuk merosakkan komponen-komponen penting yang ada dalam setiap sel – contohnya membran sel – malah serumit makromolekul seperti DNA. Keroskan seperti ini akan mengakibatkan mutasi, kecacatan fungsi, malah kematian pada sel badan. Bagi meminimumkan potensi kerosakan daripada tindakbalas radikal bebas ini, maka tubuh manusia akan menggunakan sistem pertahanan daripada antioksidan-antioksidan.
Apa itu antioksidan?
Antioksidan pula merupakan molekul-molekul yang mampu menyelamatkan interaksi hubungan tindakbalas radikal bebas ini kemudian menghapuskan reaktiviti tindakbalas mereka itu, sebelum daripada komponen-komponen selular penting dalam sel itu dimusnahkan mereka. Namun, ada juga sedikit atau beberapa jenis sistem enzim dalam badan yang mampu melawan radikal bebas, antaranya adalah mikronutrien (vitamin/mineral) antioksidan utama seperti vitamin E, beta-carotene, vitamin C, dan selenium. Tubuh manusia tak boleh nak hasilkan mikronutrien-mikronutrien ini, jadi mereka seharusnya diambil melalui diet. Malahan, terdapat banyak juga nutrien-nutrien yang diambil dari tumbuhan(phytonutrients) yang mana bertindak selaku antioksidan kuat dalam tubuh manusia.
Agak mustahil juga nak elak kerosakan daripada serangan radikal bebas ini secara menyeluruh.
Kewujudan radikal bebas ini muncul dari kedua-dua jeniz sumber ini, samada dalaman (endogenous) dan dari luaran tubuh badan (exogenous). Oksidan-oksidan yang berkembang daripada proses-proses dalam badan kita ini membentuk keputusan kesan kepada normal pada pernafasan, metabolisma, serta keradangan. Antara bentuk radikal bebas exogenous yang datang dari faktor persekitaran contohnya seperti pencemaran, cahaya matahari, latihan senaman yang terlalu berat, merokok, serta meminum alkohol. Malangnya, tiada satupun sistem antikoksidan itu adalah lengkap, maknanya sel-sel serta DNA itu sendiri dirosakkan oleh tindakbalas oksidasi hasil daripada faktor umur kita jua yang turut meningkat sama.
No comments:
Post a Comment