Perkara pertama yang timbul di fikiran bila kita cedera atau sakit ialah mencari ubat untuk melegakan masalah atau simptom tersebut.
Tabiat Gaya Hidup Terbalik Punca Masalah Bermula
Hanya sebilangan sahaja yang serius berfikir bahawa tabiat gaya hidup yang kurang baik berkemungkinan jadi punca di sebalik masalah tersebut. Berat badan berlebihan boleh menjadi punca sakit lutut, sakit pinggul, tekanan darah tinggi, diabetes, asid berlebihan dan lesu. Merokok punca meningkatnya risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung, emphysema dan kanser paru-paru.
1. Pemakanan & aktiviti fizikal ringan sebagai senaman sihat.
Tabiat makan yang kurang baik punca kepada kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi dan diabetes. Kurang aktiviti fizikal (senaman) boleh membawa kepada osteoporosis, obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, fungsi imun berkurangan dan meningkatkan tekanan (stress). Bila seseorang datang berjumpa doktor, biasanya mereka akan diberi ubat dan kurang perhatian diberikan kepada punca sebenar di sebalik gaya hidup.
2. Mengurangi amalan bergantung kepada ubat-ubatan.
1. Pemakanan & aktiviti fizikal ringan sebagai senaman sihat.
Tabiat makan yang kurang baik punca kepada kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi dan diabetes. Kurang aktiviti fizikal (senaman) boleh membawa kepada osteoporosis, obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, fungsi imun berkurangan dan meningkatkan tekanan (stress). Bila seseorang datang berjumpa doktor, biasanya mereka akan diberi ubat dan kurang perhatian diberikan kepada punca sebenar di sebalik gaya hidup.
2. Mengurangi amalan bergantung kepada ubat-ubatan.
Saya percaya sekarang kita sedang menuju ke arah pendekatan yang lebih proaktif dalam mempertingkatkan gaya hidup supaya kurang bergantung kepada ubat-ubatan. Dr. Mark Nelson melaporkan dalam American Journal of Hypertension, iaitu 42% pesakit hypertension boleh tinggalkan ubat jika mereka tukar gaya hidup yang mudah.
Bukti perubatan semakin jelas menunjukkan kepada kita bahawa penyakit jantung, kanser, diabetes, peningkatan kolestrol, osteoporosis dan beberapa penyakit lain boleh dicegah atau diterbalikkan (reversed) dengan gaya hidup yang sihat.
Bukti perubatan semakin jelas menunjukkan kepada kita bahawa penyakit jantung, kanser, diabetes, peningkatan kolestrol, osteoporosis dan beberapa penyakit lain boleh dicegah atau diterbalikkan (reversed) dengan gaya hidup yang sihat.
3. Elak tersalah pilih gaya hidup
Namun, masih terdapat kekeliruan yang ketara di antara kesihatan dan ubat pencegahan (preventice medicine). Setiap individu yang membuat keputusan untuk menukar gaya hidup akan mendapat informasi yang mengelirukan dan bercanggah. Amat mengecewakan bagi mereka yang meluangkan masa dan usaha untuk cuba belajar apa yang mereka perlu buat bagi mencapai matlamat ini.
Di Amerika, ramai yang menunjukkan minat yang mendalam berkaitan diet (pemakanan) dan kesihatan, dan harapan untuk mendapatkan panduan bagi pemakanan dan senaman yang semakin hari semakin canggih. Dengan hanya sedikit galakan, lebih kurang 80% pesakit saya memilih untuk menukar gaya hidup yang sihat yang mungkin dapat merawat punca sebenar masalah kesihatan atau melindungi kesihatan mereka.
Namun, pihak yang pesakit paling perlukan untuk nasihat dan panduan ialah doktor. Tetapi biasanya doktor juga kurang berpengetahuan mengenai peranan diet, senaman dan pemakanan tambahan dalam mencegah dan merawat penyakit.
4. Nutritional Medicine termasuk sebagai aset penting dalam perubahan gaya hidup sihat
Saya(Dr. Ray Strand) telah menghabiskan 7 tahun mengkaji risalah perubatan berkenaan apa yang pesakit boleh lakukan untuk menjaga kesihatan mereka. Saya telah mempraktikkan semua prinsipal tersebut dalam amalan klinikal saya yang kini difokuskan kepada 'nutritional medicine' atau pemakanan yang merawat.
Semasa penyelidikan saya dapati dengan jelas bahawa terdapat 3 aspek penting untuk gaya hidup sihat yang amat diperlukan untuk mendapat perlindungan kesihatan yang terbaik;
- Diet (makanan) yang sihat,
- Program senaman yang sederhana,
- Pemakanan tambahan yang berkualiti, lengkap dan seimbang(Nutritional Medicine).
Bila satu atau dua gaya hidup di atas diubah, sudah pasti kesihatan anda akan bertambah baik. Tetapi, sekiranya ketiga-tiganya dapat diubah, hasilnya amat menakjubkan.
Rawatan Pencegahan Tradisional
Komuniti penjagaan kesihatan (health care community) suka menonjolkan diri sebagai golongan yang mempromosi rawatan pencegahan (preventive care). Doktor akan menggalakkan pesakit untuk melakukan pemeriksaan fizikal secara rutin untuk kekal sihat. Tetapi, jika dilihat secara dekat, doktor sebenarnya cuba untuk mengesan penyakit dengan lebih awal. Pap smear, PSA, mammogram, pemeriksaan darah dan fizikal, hanyalah usaha untuk mengesan penyakit yang mungkin telah sedia ada tapi tidak diketahui. Dengan makna lebih jelas, lagi awal penyakit dapat dikesan, maka lebih baik bagi diri anda, tetapi tiada pun yang dapat dicegah.
Dengan mengikuti panduan yang mudah di bawah tajuk Konsep Kesihatan, anda boleh menjaga kesihatan diri anda sendiri. Pilihlah untuk menikmati hidup yang tuhan berikan. Pilihan ini memerlukan motivasi dan tanggungjawab, tidak seperti preskripsi ubat, manfaatnya jauh melebihi risiko dan anda boleh mengamalkan pencegahan yang sebenar. Buatlah perubahan yang betul - satu yang benar-benar memberi manfaat kesihatan yang anda inginkan.
No comments:
Post a Comment