Translate

Tuesday, March 1, 2011

Panduan Lengkap Pemakanan Tambahan Produk USANA Health Sciences


Pengenalan Ringkas Mengenai Syarikat USANA Health Sciences

USANA Health Sciences ialah Syarikat pembuat produk kesihatan untuk makanan tambahan berzat yang berkualiti tinggi melalui pengilangan khas yang unik dan menepati piawaian Farmaseutikal GMP (Pharmaceutical GMP).

Produk killernya bernama Essentials™ merupakan produk berformula multi-vitamin dan multimineral yang maju, telah mendapat pilihan pertama oleh Editor buku "The Comparative Guide to Nutritional Supplement over 1500 Products".

Syarikat USANA ini diasaskan oleh Dr. Myron Wentz, penerima anugerah Albert Einstein Award pada tahun 2007 dan Pakar Ph.D dalam bidang Immunologist dan microbiologist. Beliau menutup Makmal The Gull Laboratories yang ditubuhkan beliau pada tahun 1974 di Salt Lake City yang bertujuan untuk diagnostik penyakit.

Gull Laboratories, Salt Lake City, 1992
Semasa di Gull Laboratories beliau berjaya mencipta alat ujian untuk diagnos penyakit berjangkit dari virus Epstein Bar dan alat ini banyak digunakan di hospital-hospital di seluruh dunia yang ada digunakan pada masa ini.

Setelah penutupan Makmal Gull, beliau menubuh USANA Health Sciences yang berkonsepkan pencegahan pada tahun 1992.

Selepas daripada itu, beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kebajikan dan berjaya berusaha membina sebuah hospital sanoviv di mexico termasuk terlibat dengan aktiviti luar yang lain seperti termasuklah "the children hunger fund".

USANA Health Science Building, 2007
Syarikat USANA Health Sciences ditubuhkan di bawah pengasas yang memiliki kepakaran dalam bidang sains dan ilmu perubatan yang luas.

Di USANA, Dr. Myron Wentz membina satu makmal khas untuk urusan kajiannya tentang nutrisi dan pemakanan. Makmal kelas state-of-art-manufacturing merupakan makmal in-house yang sangat inovatif dalam usahanya menterjemahkan sains dan pemakanan kesihatan kepada kita.

Kepakaran beliau adalah kerana berjaya mengkultur sel yang rosak (sel kanser) di dalam makmal dengan nutrien daripada formula spektrum yang lengkap dan seimbang sehingga sel tersebut menjadi sihat untuk berabad-abad usianya dan formula ini dinamakan dengan nutrien formula Essentials™ kerana kepentingannya itu kepada sel manusia secara menyeluruh.


Mengenai Produk-produk USANA

Formula Essentials™ ini dijadikan formula asas yang paling pertama dalam USANA untuk kepentingan pada keperluan badan manusia secara asas dan terus berkembang menjadi produk yang bermutu dan berkualiti tinggi.

USANA juga mementingkan teknologi penjagaan kulit menerusi produk-produk penjagaan & kecantikan kulit yang bernama Sensé.

Selain mementingkan kualiti pemakanan dari sudut pemakanan tambahan, USANA menyediakan satu program khas untuk kesihatan badan pengguna-pengguna yang mengalami masalah kesihatan atau berat badan yang tidak seimbang melalui program pemakanan tambahan bernutrien tinggi, berprotein tinggi serta berglisemik indeks rendah. Program ini dinamakan RESET.

(published research conducted by Dr.Myron Wentz)


Panduan Pemakanan produk, vitamin USANA

Di bawah ini merupakan panduan rujukan khas untuk cadangan produk yang disediakan oleh Dr. Ray Strand salah seorang penulis, penceramah motivasi (juru runding) serta doktor pakar berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan kekeluargaan dan berceramah tentang kesihatan mengenai "nutritional medicine" kepada ramai orang. Pernah ditemubual di kaca televisyen Malaysia menerusi rancangan khas "the breakfast show" untuk tajuk gaya hidup sihat sejajar dengan terbitan bukunya yang terbaru iaitu "healthy for life". Beliau menyediakan panduan khas untuk pengguna yang ingin menggunakan produk USANA.

Antara panduan asas untuk menjaga kesihatan ialah terdiri daripada empat langkah awal iaitu:-
  1. Bersenam selalu dengan kadar yang biasa (bukan senaman keras)
  2. Mengamal diet makanan harian dengan baik, seimbang dan betul (elak diet buruk setiap hari)
  3. Mengelak aktiviti-aktiviti atau perkara yang boleh membawa kepada tekanan
  4. Makanan Tambahan dijadikan kepentingan yang utama untuk mengekalkan tubuh yang sihat bertenaga.
Berikut adalah antara contoh-contoh yang dikemukakan Dr. Ray Strand berkenaan dengan amalan pemakanan tambahan untuk produk USANA ini. beliau memberi cadangan dari sudut pendapat peribadi beliau untuk membantu segelintir pengguna produk usana untuk mengamalkan amalan makanan kesihatan dari produk usana ini.(sila join group ini untuk dapatkan panduannya)

Di Malaysia, amatlah berguna untuk menggunakan panduan ini khusus untuk tujuan pencegahan. Saya memaklumkan kepada anda agar dinasihatkan untuk merujuk pakar rujukan khas jika anda inginkan pengesahan yang lebih selamat dan berkesan tanpa melibatkan sebarang percanggahan maklumat dari mana-mana pakar peribadi anda mahupun dari pihak saya. Terima kasih

*dan jika perlukan penjelasan untuk maklumat sebenar produk usana, anda haruslah menghubungi pengedar usana yang memaparkan berita ini. silalah hubunginya melalui laman www.norzaeim.usana.com

No comments:

Post a Comment