Dr. Ray Strand menceritakan pengalaman hidupnya melibatkan diri dalam bidang perubatan. Sepanjang hidupnya dia menyangka bahawa suplemen tidak memberi manfaat yang hebat.
Pada satu ketika, kesihatan isterinya terlalu teruk kerana menderita akibat penyakit pneumonia. Walaupun dia berpengalaman dalam rawatan terhadap pesakitnya yang lain, beliau tidak boleh mengambil kesan yang betul untuk membantu isterinya sendiri.
Akhirnya, beliau dapati ada cerita hebat di sebalik cerita suplemen tambahan yang berzat ini. Di saat ini, baru beliau sedar bahawa nutritional supplement memiliki kebolehan untuk mengawal penyakit seseorang. Lantas, beliau mengambil jalan alternatif untuk isterinya itu bagi melihat sejauh manakah kebolehan suplemen dalam mengawal masalah kesihatan isteri dan penyakit pneumonia itu sendiri.
Beberapa minggu selepasnya, ternyata ia berkesan! Perkembangan terhadap kesihatan isterinya menunjukkan kebolehan yang cukup hebat dan akhirnya isterinya selamat dan pulih.
Bermula pada saat itulah, beliau (Dr. Ray Strand) mula berkongsi tentang cara rawatan alternatif melalui pencegahan penyakit dengan amalan pemakanan zat tambahan yang baik dan berkualiti tinggi ini sebenarnya mampu membantu kesihatan kita secara optimum. Jadi, beliau memilih untuk memperkenalkan syarikat gergasi dalam dunia pembuatan produk berasaskan suplemen tambahan iaitu, USANA Health Sciences.
Melalui cerita beliau tentang program pemakanan tambahan yang baik, Dr. Ray Strand pernah menjelaskan salah satu program yang berkesan untuk badan manusia menguruskan berat badan dan juga gula di dalam darah agar badan manusia boleh mengawal kawalan gula dalam darah dengan kadar yang seimbang dan baik. Biasanya, keadaan seperti ini amat dibimbangi kebanyakannya dari golongan yang lebih berusia. Namun, situasi seperti ini telah berubah sama sekali.
Masalah kesihatan boleh dilihat ia mula menyerang golongan-golongan yang lebih muda juga. Apa yang berlaku sebenarnya berpunca daripada pemakanan yang buruk diamalkan seperti pemilihan diet makanan yang tidak seimbang dan tidak betul. Kawalan gula yang lemah di dalam saluran darah adalah disebabkan cara dan gaya pemakanan diet harian kita yang tidak seimbang dan tidak betul.
No comments:
Post a Comment