Translate

Thursday, November 9, 2017

Jamulah darah anda dengan nutrien yang betul, bukannya jamuan yang tidak diperlukan


Badan kita ni memang ajaib, setuju tak?

Hari ini saya rasa nak kongsi kepada pengunjung blogspot saya baca sikit entri menyentuh tentang darah dan akan datang nanti, mengenai sistem kardiovaskular.

Sel darah merah kita sebenarnya boleh hidup secara puratanya cuma 120 hari sahaja. Sel darah merah tak ada nukleas, maknanya ia tiada kebolehan untuk melakukan proses pembelahan dua maupun melakukan sintesis untuk hasilkan selular darah yang baru. Sumsum tulang sentiasa menghasilkan sel darah merah bagi menggantikan sel darah merah yang sudah luput atau mati.

Terdapat hampir 2.5 trilion sel darah merah di dalam badan anda pada satu-satu masa. Untuk seimbangkan angka ini, badan perlu hasilkan 2.5 juta sel darah merah pada setiap 1 saat di tulang sumsumnya. Maknanya lebih 200 bilion sel darah merah baru bakal terhasil pada setiap hari.

Terdapat 5.6 liter darah akan mengalir melalui saluran darah badan untuk setiap 1 minit sebanyak 3 kali, maknanya, untuk 1 sel darah merah itu mengelilingi ke seluruh badan anda bakal ambil masa sepantas 20 saat.

Saluran darah arteri yang paling besar, aorta namanya, diameter ukurannya hampir sama saiz gegelung paip getah yang ada di depan taman rumah anda.

Saluran kapilari pula, sebaliknya, cuma 1 per 10 diameter 1 helai rambut manusia. Wow, halus giler nak mampus kot!

Sebenarnya, jantung manusia mampu hasilkan tekanan yang mencukupi bilamana ia mengepam darah itu untuk dipancutkan sehingga melebihi 10 meter jarak (30 kaki).

Yang menariknya, rupa-rupanya gelak ketawa juga boleh beri kebaikan kepada jantung anda jadi sihat. Selain dari merendahkan kadar 'stress', gelak ketawa juga boleh beri kelegaan dan memanjangkan lagi kelancaran peredaran darah di dalam saluran darah, sebagus 20% kadar kenaikannya.

Cuma satu perkara yang perlu anda tau, apa sahaja jenis nutrien anda nak sediakan, ataupun tidak, nutrien itu akan diagih dan dihantar ke tisu-tisu dan sel-sel sepanjang di dalam badan anda setiap masa. Beberapa nutrien contohnya folik asid, vitamin B12, vitamin B6, vitamin A, Copper dan Iron memang diperlukan untuk sokongan penghasilan sel darah merah yang sihat. Kalau 'hangpa' nak "enjin hangpa" tahan lama dan cantik, tak lain dan tak bukan, amaun nutrien-nutrien tadi memang perlu kena cukup sukatannya, cukup bekalannya serta cukup keperluannya. 

No comments:

Post a Comment