Translate

Thursday, November 9, 2017

Zat premium untuk bayi melalui pemakanan Ibu

TESTIMONI....!!!

Apa itu Bi-Omega 3 Plus? (Klik sini untuk info lanjut lagi...)

Saintis usana menformulakan set berasaskan minyak ikan ikut keperluan kesihatan juga. Banyak manfaat yang boleh kita bongkar bila kita mengamalkan khasiat minyak ikan omega 3 tulen yanh betul ni. 

Kalau kat pasaran, anda akan jumpa juga beberapa nama lain untuk produk jenis minyak ikan ini. Tapi saya nak khususkan kepada nama minyak ikan dari brand Usana yang di jual dalam pasaran Malaysia sahaja. Kalau di negara luar, di tempat selain daripada negara Malaysia, nama minyak ikan omega berbeza sikit berbanding nama minyak ikan di Malaysia. 

Kalau tanya kenapa nama lain-lain? 

Jawapan logiknya ialah, setiap tempat itu punyai profil keperluan kesihatan yang berbeza-beza jika nak bandingkan dengan negara di mana kita duduk sekarang. Keperluan kesihatan manusia tak sama. Jadi, ada patut juga nama minyak ikan ini dinamakan dengan nama yang berlainan menunjukkan kelainan nama disebabkan perbezaan profil keperluan manusia setempat. Contoh macam di Malaysia, nama minyak ikannya ialah, Biomega 3 Plus. Tak sama dengan minyak ikan usana yang dijual di negara lain. <baca lagi...>



Ibu Hamil Anak Yang Sihat, Apakah Diet Utama Untuknya & Apakah Rujukan Utama Untuk Dapatkannya?




Rujukan pertama



Sudah pasti, wanita mengandung harus memilih suplemen vitamin yang betul menerusi cadangan yang sesuai dengan situasinya ketika itu. Sebaiknya, mereka perlu berbincang dengan pakar yang arif tentang keadaannya seperti pakar diet atau nutritionist, atau dikenali juga sebagai fizisyen(physician). Tapi, di Malaysia, agak jarang nak jumpa pakar seperti ini yang betul-betul berkecimpung dalam bidang diet pemakanan ini. Paling sukarpun, sekadar berjumpa dengan wakil dari farmasi atau farmasist sahaja. Itu dikira yang paling terbaik setakat ini. Tapi, yang paling terakhir sekali ialah, doktor hospital. 

Sebenarnya, anda boleh berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik. Tapi, adalah elok jika doktor itu juga tahu tentang diet & pemakanan. Sekurang-kurangnya mereka boleh beri nasihat yang wajar tentang pemakanan tambahan mana yang sesuai untuk anda juga. 


Biasanya, para doktor atau pakar physician yang berlesan, mereka akan memiliki satu buku panduan khas yang dinamakan MIMS(Master Index of Medical Specialities) atau PDR(Physician Desk Reference) untuk rujukan mereka dalam membuat penilaian semasa menentukan preskripsi ubatan atau cadangan makanan tambahan yang sesuai akan dibuatnya kepada mana-mana pesakit mereka. 


Buku panduan ini jadi rujukan utama para doktor perubatan & para pakar pemakanan bagi menentukan preskripsi mana satukah yang terbaik dan sesuai untuk pesakit mereka. Di dalam buku ini terdapat pelbagai jenis senarai ubatan serta senarai vitamin & juga senarai brand suplemen yang disediakan. Dari situ, doktor akan memilih senarai tersebut mengikut kesesuaian pada penilaian profesionalnya. Apa yang melegakan ialah, antara banyak senarai itu, produk-produk usana juga turut tersenarai di dalamnya.
Ibu & Bayi Sihat
Diet yang betul & sihat merupakan cara terbaik untuk dapatkan nutrien, tapi suplemen vitamin tambahan pun boleh menyampaikan kelebihan yang baik sebagaimana diet yang sihat itu tadi juga. 

Akan tetapi, terlalu penting sekali untuk kita ingat bahawa suplemen vitamin tambahan sebenarnya sangat terbaik sekali jika diamalkan ketika seseorang itu sudah mengamalkan diet seimbang yang sihat sebelumnya lagi, bukan pula diamalkan kerana untuk tukar ganti amalan sihat itu tadi dengan produk suplemen semata-mata. 




Perbaiki Persepsi Buruk Mengenai Suplemen Tambahan

Mitosnya - Inilah yang biasa kita pernah dengar, kononnya mengamalkan pemakanan produk suplemen tambahan ini tujuannya adalah kerana menggantikan diet harian kita di rumah. Sehingga, ada yang sanggup berfikir bahawa bila makan suplemen, tak perlu lagi jaga diet kononnya dengan suplemen sudah memadai boleh jaminkan kesihatan abadi. Wah, ajaib sungguh suplemen ini jika benar ia boleh ubah kesakitan itu kepada kesihatan serta merta tanpa perlu hirau lagi tentang penjagaan makanan yang seimbang & betul.

Harapkanlah kemaafan untuk tanggapan diri anda sebegini rupa buat masa ini, kerana pandangan seperti tadi itu ternyata mustahil & salah sama sekali!

Tapi, inilah tanggapan majoriti daripada kita hari ini. Jadi, jika anda juga masih beranggapan begitu, buanglah tanggapan ini sejauhnya! Tinggalkan pandangan sebegini untuk era baru pada masa kini. 

Sebenarnya, sebagai kesimpulan dalam soal seperti ini, biar saya 'cerahkan' penjelasan saya dengan membuat sedikit pendekatan kepada diet asal kita dari awal-awal kejadian kita di rumah lagi. Ini menunjukkan bahawa betapa perlunya amalkan diet seimbang itu dari saat awal-awal lagi anda diberikan suapan makanan dari orang tua anda di rumah. 

Cuma, satu perkara lagi yang harus anda sedar tentang keadaan diri anda itu ialah bila semakin bertambah usia, anda tak dapat lari dari hakikat tua. Inilah dinamakan oleh saintis sebagai proses penuaan. Manusia wajib akan berdepan dengan hakikat ini. Inilah kunci diri anda bahawa kenapa kita sangat-sangat perlukan kepada TAMBAHAN dari luar lagi selain daripada hanya penggantungan kita kepada menjaga diet seimbang semata. Tapi, usana & ahli usana sendiri dididik supaya bukan juga bergantung kepada suplemen usana semata jika diet seimbang di rumah & penjagaan badan di luar rumah juga tidak dibentuk dengan penjagaan yang rapi,tetap akan jatuh sakit juga akhirnya. 

Pokoknya, amalkanlah keseimbangan dalam setiap segi samada seimbang dalam diet makanan di rumah, seimbang dari aktiviti fizikalnya, pada masa yang sama disiplinkan diri dengan pengambilan suplemen yang betul dan tepat untuk diri anda.

Diet Ibu & Bayi Yang Sihat


Sekarang saya sentuh mengenai diet ibu & bayi yang sihat, yang mana akan jadi persoalan utama dalam entri saya kali ini. Sebelumnya, saya cuma sentuh sikit tentang pengenalan sebelum anda dibawa lebih jauh sedikit tentang diet sihat untuk ibu & bayi anda dalam kandungan. 

Menyentuh tentang topik hamil & diet, persoalan besar yang timbul ialah, mungkin dari segi isu keselamatan atau kesesuaian produk untuk wanita mengandung ini diamalkan untuk amalan harian mereka di mana-mana.
Jadi, soalan ini pasti timbul...
"Bolehkah Saya ambil Produk USANA Sedangkan Saya Mengandung ATAU Saya Dalam Tempoh Menyusukan Anak?"
JAWAPANNYA: Ya, anda boleh! 
Cuma, persoalan baru pula mungkin timbul... 
Bagaimana dan sejauh manakah galakan ibu yang hamil itu boleh mengutamakan USANA sebagai produk amalan harian yang meyakinkan mereka?
Hasil daripada info yang saya dapat melalui gedung pustaka USANA (ask scientist USANA), terdapat 3 jenis zat penting yang mana sangat membantu dalam perkembangan kesihatan untuk si ibu dan bayinya. 
Umumnya, pasti anda boleh mengambil produk USANA ini walaupun anda sedang merancang untuk hamil, sedang hamil maupun menyusukan anak anda itu. Di sini, saya kongsi kepada anda tentang produk USANA mana satukah yang sesuai untuk anda amalkan! (In Shaa Allah, jangan risau.... Semuanya HALAL dan BAIK-BAIK :-)
Sebelum itu, saya cerita sedikit tentang zat-zat yang patut diambil oleh ibu yang merancang apatah lagi yang mengandung. 

Secara kasar ada 3 jenis zat yang paling utama bila sebut tentang penjagaan kesihatan untuk kedua-dua insan bergelar ibu dan bayi ini. Saya akan berikan 3 senarai zat-zat yang baik besertakan sedikit penjelasan ringkas mengenai sebab kenapa ianya penting untuk diamalkan bagi kaum ibu yang merancang untuk hamil & melahirkan bayi mereka:-

1 - Folic Asid diakui sangat membantu!
Menerusi kajian terkini, dapat dipastikan bahawa wanita yang merancang untuk hamil(dan wanita yang sedang hamil sekalipun) adalah terbaik bagi dirinya untuk mengguna sekurang-kurangnya 400 mikrogram sukatan folic acid setiap hari. Jika si ibu tak cukup sukatan pengambilan ini dalam beberapa bulan terawal tempoh kehamilannya itu, si anak atau bayi di dalam kandungannya itu(fetus) dijangka mengalami pertumbuhan saluran saraf yang terbantut (berisiko mengalami spina bifida). Beberapa ujian klinikal menunjukkan bahawa pengambilan sekurangnya 400 mikrogram sukatan folic acid memang boleh mengurangkan risiko cacat pertumbuhan sebanyak 70% daripada biasa.
Tapi, jangan terlalu cepat membuat penilaian! 

Satu lagi hakikat sebenar yang perlu anda tahu tentang folic acid ialah sumber zat ini perlu diambil bersama dengan beberapa lagi zat tambahan lain bersama-sama dengannya dan tidak mampu untuk diserap dengan baik jika tanpa zat-zat tersebut! Zat-zat yang dimaksudkan ialah seperti zat vitamin B6, dan vitamin B12. In Sha Allah, atas alasan inilah kenapa beberapa set produk USANA lain juga turut diperlukan selain daripada set minyak ikan Biomega 3 plus usana semata. Hasilnya, ada di antara pengguna usana saya yang ambil set khusus USANA untuk ibu & bayi sihat ini, gembira dengan keputusan kesihatan mereka, samada sebelum melahirkan maupun selepas melahirkan anak mereka, kedua-duanya sihat!

2 - Iron (Zat Besi) 
Zat Besi atau Iron juga penting dalam fasa kehamilan. Sains Akademik Kebangsaan (The National Academy of Sciences) mencadangkan agar semua wanita hamil untuk makan makanan diet yang seimbang dan ambil pengambilan zat besi (iron) yang membekalkan 30 miligram sukatan iron (zat besi) terutama sekali ketika fasa kedua dan ketiga trimester tempoh kehamilannya.

Kajian juga membuktikan bahawa asid lemak penting (essential fatty acids) secara terperinci ialah asid docosahexaenoic (DHA), adalah kritikal untuk pertumbuhan anak-anak kecil itu. Walaupun keperluan untuk hamil belum ditetapkan, mereka seolah-olah melebihkannya berbanding daripada wanita yang bukan hamil. 

Kebanyakannya, ramai wanita hamil masih lagi tidak menerima sukatan sumber zat asid lemak omega 3 yang mencukupi menerusi diet mereka sendiri kerana sumber utamanya itu pula diambil daripada sumber makanan laut yang akibatnya sudah pastilah terdiri daripada sumber terlarang untuk mereka amalkan semasa dalam tempoh hamil itu sendiri. 


Dengan sebab inilah, bagi wanita-wanita hamil yang memerlukan asid lemak omega-3 secara sempurna, kepelbagaian satu sumber diet itu, lebih bermakna apabila memasukkan keperluannya dengan pengambilan suplemen berasaskan minyak ikan. Maka di sinilah keperluan produk minyak ikan bernama Biomega 3 Plus dari brand usana dicadangkan.
Makan dengan betul di dalam tempoh kehamilan ialah salah satu perkara paling hebat yang anda boleh lakukan untuk diri anda sendiri dan juga untuk bayi anda. Suplemen tambahan mungkin mampu menyediakan suatu faedah penting, tapi ianya juga perlu dibincang dengan pakar kesihatan dalam bidang anda itu.

Jika anda memiliki pertanyaan dan persoalan, boleh ajukannya menerusi nombor saya ini, 016-4208304 atau boleh juga tinggalkan pesanan ke PETI INBOX laman sosial saya, (klik di sini)

No comments:

Post a Comment