Translate

Friday, November 10, 2017

SAKIT LUTUT APAKAH SOLUSI YANG SEPATUTNYA?

APAKAH ALTERNATIF TERBAIK DARI KACAMATA SAINS DALAM MENANGANI MASALAH SAKIT LUTUT?

Satu penulisan yang diterbit di dalam Jurnal Perubatan Sukan British (British Journal of Sports Medicine) telah mendedahkan mengenai kesan pengambilan suplemen glucosamine dalam keupayaan fungsinya serta kesan pengambilan dalam masalah yang berkaitan dengan sakit lutut pada individu-individu yang pernah mengalami sejarah osteoarthritis dan masalah tulang rawan rosak.
Secara rawaknya, subjek dibekalkan samada dengan glucosamine atau placebo dengan kedua-duanya selama 12 minggu pada dos sebanyak 2000 mg setiap hari. Terdapat empat sesi ujian telah dibahagikan dalam ujian ini. Sebarang perubahan pada fungsi dan rasa sakit lutut itu dapat dinilai melalui keberkesanan yang dibuat dalam ujian secara klinikal ini(terdiri daripada ujian pemeriksaan pada sendi, "jalan itik" sejauh 3 meter, serta turun naik tangga berulang kali). Selain itu, dua bentuk kaedah soal jawab yang berbeza-beza juga turut digunakan bagi menilai tahap perubahan pada sakit lutut yang berlaku.
Kumpulan yang menggunakan bekalan glucosamine didapati menerima kelebihan pada kualiti markah yang lebih baik bila masuk minggu ke 8 dan 12 berbanding dengan kumpulan satu lagi(kumpulan placebo). Berdasar pada penilaian dari laporan perubahan 12 minggu tempoh pembekalan suplemen yang direkod melalui kaedah soal jawab, terbukti 88% daripada kumpulan glucosamine menunjukkan rekod peratus kemajuan dalam menangani masalah sakit lutut jika dibandingkan dengan bacaan 17% sahaja berjaya direkodkan dari kumpulan yang satu lagi. 
Keputusan dari ujian-ujian ini jelas mencadangkan betapa pembekalan suplemen glucosamine dapat beri peratus kelegaan serta mampu juga membantu meningkatkan fungsi setiap individu yang mengalami sakit lutut yang terlalu kronik akibat kehausan tulang rawan yang rosak atau ostelarthritis. Keputusan ini turut mencadangkan bahawa pada sukatan glucosamine sebanyak 2000 mg setiap hari, majoriti peningkatannya dapat dilihat bila mencecah di saat tempoh lebih lapan minggu ke atas.

No comments:

Post a Comment