Translate

Wednesday, December 13, 2017

Perbaiki Persepsi Buruk Mengenai Suplemen Tambahan

Mitosnya - Inilah yang biasa kita pernah dengar, kononnya mengamalkan pemakanan produk suplemen tambahan ini tujuannya adalah kerana menggantikan diet harian kita di rumah. Sehingga, ada yang sanggup berfikir bahawa bila makan suplemen, tak perlu lagi jaga diet kononnya dengan suplemen sudah memadai boleh jaminkan kesihatan abadi. Wah, ajaib sungguh suplemen ini jika benar ia boleh ubah kesakitan itu kepada kesihatan serta merta tanpa perlu hirau lagi tentang penjagaan makanan yang seimbang & betul.

Harapkanlah kemaafan untuk tanggapan diri anda sebegini rupa buat masa ini, kerana pandangan seperti tadi itu ternyata mustahil & salah sama sekali!

Tapi, inilah tanggapan majoriti daripada kita hari ini. Jadi, jika anda juga masih beranggapan begitu, buanglah tanggapan ini sejauhnya! Tinggalkan pandangan sebegini untuk era baru pada masa kini. 

Sebenarnya, sebagai kesimpulan dalam soal seperti ini, biar saya 'cerahkan' penjelasan saya dengan membuat sedikit pendekatan kepada diet asal kita dari awal-awal kejadian kita di rumah lagi. Ini menunjukkan bahawa betapa perlunya amalkan diet seimbang itu dari saat awal-awal lagi anda diberikan suapan makanan dari orang tua anda di rumah. 

Cuma, satu perkara lagi yang harus anda sedar tentang keadaan diri anda itu ialah bila semakin bertambah usia, anda tak dapat lari dari hakikat tua. Inilah dinamakan oleh saintis sebagai proses penuaan. Manusia wajib akan berdepan dengan hakikat ini. Inilah kunci diri anda bahawa kenapa kita sangat-sangat perlukan kepada TAMBAHAN dari luar lagi selain daripada hanya penggantungan kita kepada menjaga diet seimbang semata. Tapi, usana & ahli usana sendiri dididik supaya bukan juga bergantung kepada suplemen usana semata jika diet seimbang di rumah & penjagaan badan di luar rumah juga tidak dibentuk dengan penjagaan yang rapi,tetap akan jatuh sakit juga akhirnya. 




Pokoknya, amalkanlah keseimbangan dalam setiap segi samada seimbang dalam diet makanan di rumah, seimbang dari aktiviti fizikalnya, pada masa yang sama disiplinkan diri dengan pengambilan suplemen yang betul dan tepat untuk diri anda.

Monday, December 11, 2017

Kembali Beraksi Dalam Sukan Bina Badan Selepas Sakit Lututnya Lega


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Masa ni, saya sedang rehat-rehat di rumah mak mertua saya di Kedah sebelum bertolak pulang ke Kelantan. Saya kena balik kejap sebab nak setelkan urusan pengeposan beberapa stok pelanggan yang dah masuk 2 minggu dah tak pos sebab saya kena balik setel urusan anak-anak dsn isteri di sini. Untuk pengetahuan anda, saya sedang sibuk(sebenarnya gemuruh lagi ni) untuk persediaan menyambut kelahiran anak saya yang keempat pada hujung bulan 12 tahun 2017 ini. Harap anda yang singgah dan baca entri ni boleh doakan untuk keselamatan isteri saya serta anak dalam kandungan isteri saya nanti ya.

Baiklah, sebenarnya saya nak sentuh tentang komen pengguna suplemen usana. Pengguna saya ini menggunakan produk usana untuk atasi masalah sakit sendi dan pada lutut beliau.

Orangnya hensem bangat! Ada gaya dengan gaya maskulin yang sangat macho lagi segak! (gambar pertama: ada gaya syamsul yusof tak? Hihi)

Mana tidaknya, nama facebook beliau pun lain macam jer. Hehe..

Ok, kita tak perlu cakap banyaklah yer...

Jom kita terus kepada mesej sebenar! Mari kita lihat apa kata beliau selepas menggunakan produk usana untuk masalah sakit lututnya.









APAKAH NAMA PRODUK YANG SESUAI UNTUK ATASI MASALAH TULANG RAWAN HAUS...? (klik untuk baca maklumat produk itu di sini...)

INGIN DAPATKAN TEMPAHAN PRODUK UNTUK LUTUT ANDA SECEPAT 3 HARI PENGHANTARAN???

LIHAT SYARAT-SYARATNYA BILA ANDA KLIK BUTTON DI BAWAH
👇👇👇👇👇👇👇



.............................................................................................


Sila dapatkan maklumat terperinci lagi dengan wakil pengedar kami atau boleh menghubungi secara langsung melalui nombor 013-2508304 atau mesej admin melalui link www.wasap.my/60132508304

GLUCOSAMINE TERBAIK UNTUK SAKIT SENDI & LUTUT

APAKAH SUMBER GLUCOSAMINE TERBAIK YANG BOLEH DIBELI DI PASARAN?


FAEDAH PROCOSA

Sendi yang sihat membolehkan tulang belulang untuk bergerak-gerak dengan selesa & mudah. Tetapi, untuk sesetengah individu, ada yang masalah tulang rawannya jadi rosak dan semakin nipis, akhirnya membebankan pergerakannya kerana berlaku geseran sendi yang mengakibatkan ketidakselesaan dan kekerasan pada tulang sendi.

Selain daripada mengamalkan diet sihat, mengamalkan aktiviti fizikal seperti senaman, satu lagi langkah tambahan yang boleh kita jadikan disiplin harian untuk jaminan kepada sendi tulang anda jadi sihat ialah dengan mengamalkan suplemen yang mengandungi blend formula kompleks unik yang boleh menyokong tulang sendi(formula USANA InCelligence Technology™), vitamin C, serta mengamalkan juga nutrien-nutrien yang boleh beri sokongan yang optimum untuk kesihatan tulang sendi & fungsinya, supaya gaya hidup anda juga dalam keadaan bebas & aktif secara seimbang.*




SAINS DI SEBALIK PROCOSA

Jarak di antara tulang dengan tulang ada satu ruang sempit—dipanggil sebagai sendi cavity. Sebenarnya tulang kita ini dibaluti dengan tulang rawan, yang mana proses pembalutan dan nutrien-nutriennya itu diperolehi hasil daripada cairan synovial, satu lagi komponen yang bertindak sebagai penyerap tekanan. Jika cecair synoval dan tulang rawan ini rosak, ruang di antara dua tulang ini akan jadi semakin sempit, akhirnya tulang-tulang di antara keduanya jadi rapat dan bergeser antara satu sama lain.

Kajian telah mendedahkan bahawa ruang sendi ini boleh jadi baik penjagaannya bila seseorang itu mengambil glucosamine. Glucosamine pun hasilkan asid hyaluronic, satu lagi komponen penting untuk proses pembalutan dan turut jadi penyerap tekanan dari cecair synovial.*

Glucosamine juga merupakan ejen penyerap gula amino yang baik supaya ia boleh bantu menghasilkan pembentukan tulang rawan yang normal dengan cara penghasilan kolagen serta bertindak menjadi blok binaan untuk proteoglycan. Proteoglycan ini penting bagi memastikan tulang rawan yang sihat sebab ia boleh hubungkan cecair air yang berada menyelaputi dan bertindak sebagai kusyen pada sendi tersebut.*

Meriva® pula merupakan sejenis phytosome inovatif yang menggabungkan kunyit curcumin dengan phospholipid, supaya ia boleh menembusi membran sel dengan lebih mudah, menjadikannya 30 kali lebih bio-wujud(berdaya serapan) berbanding kunyit curcumin tradisional. Satu antioksidan yang mujarab dan mampu melindungi sel-sel sendi, itulah Meriva dan ianya telah terbukti boleh menyokong keselesaan dan fungsi sendi.*

Jika ia duduk bersama, glucosamine dan Meriva boleh bina satu sistem sokongan InCelligence untuk sendi yang kompleks. Di sebalik kebaikan & kelebihan yang dinyatakan di atas tadi, terdapat dua lagi kunci proses sel signal kompleks ini diciptakan boleh bantu:

Senaman boleh timbulkan kelebihan pada sistem imunisasi dan ia bakal undang kesan radang sementara, juga salah satu daripada tindakbalas normal dalam mekanisme proses baikpulih pada badan seseorang supaya struktur dan fungsi norma untuk otot dan tendon pada sendi itu boleh dijana semula. Sistem Sokongan Tulang Sendi Kompleks berteknologi InCelligence ini boleh mempengaruhi laluan-laluan signal yang berperanan secara proaktif sekali dalam tindakbalas menghasilkan sistem imunisasinya terhadap tindakbalas keradangan selepas melakukan senaman itu tadi.* Chondrocytes (sel-sel tulang rawan) mengekalkan fungsi sihatnya itu menerusi proses pembaharuan sel yang bersifat semulajadi atau dipanggil juga dengan nama autophagy. Namun, faktor umur atau berbagai jenis faktor gaya hidup luar pun turut jadi faktor memperlahankan proses penghasilan sel pembaharuan ini. Sebaliknya, teknologi daripada InCelligence untuk formula kompleks penyokong tulang sendi ini mampu mengaktifkan semula proses yang dinamakan autophagy itu tadi agar proses pembaharuan sel-sel sendi yang sihat itu dapat berfungsi dengan baik supaya ianya boleh menjaga keadaan tulang rawan itu jadi sihat dan tidak dimamah usia.*

Procosa yang mengandungi 225 mg vitamin C akan menggalakkan proses sintesis kolagen. Kolagen merupakan salah satu daripada struktur protein penting yang menyokong integriti dan kekuatan ligamen dan tendon agar sendi itu boleh kekal dalam keadaan yang stabil.*

PERBEZAAN DAN KEUNIKAN USANA

Formula Kompleks InCelligence Untuk Menyokong Sendi ini direka untuk guna kombinasi Meriva curcumin bersifat bio-wujud(daya serap) dengan komponen glucosamine hydtochloride yang sangat tinggi kualitinya. Dengan campuran hydrochloride untuk membentuk glucosamine ini dengan potassium dan magnesium sulfate ke dalam satu formula pula, produk yang dijenamakan dengan Procosa ini akan mempamerkan kelebihan yang sama hebat dengan glucosamine sulfate yang isi kandungannya tak ada isi kulit kerang atau mana-mana isi yang berasaskan haiwan lain. Bukan nak kata bahawa formula ini tergolong di antara beberapa lagi jenis produk berasaskan tumbuhan yang wujud di pasaran semata, tapi melalui pendedahan tentang campuran formula vitamin C itu tadi mendedahkan lagi akan kelebihan procosa ini berada pada tahap keberkesanannya yang amat tinggi, serta amat komprehensif untuk menampilkan kesihatan kepada sistem sendi kita juga.*

*Kenyataan-kenyataan ini tidak dipetik dari Food & Drug Administration. Produk yang dimaksudkan juga tidak menunjukkan ianya untuk tujuan mendiagnos, merawat, menyembuh, ataupun mengelak dari sebarang penyakit.

INGIN MENDAPATKAN TEMPAHAN PRODUK PROCOSA?

Sila dapatkan maklumat terperinci lagi dengan wakil pengedar kami atau boleh menghubungi secara langsung melalui nombor 013-2508304 atau mesej admin melalui link www.wasap.my/60132508304

Sunday, December 10, 2017

Terlupa Makan Ubat Jadi Kunci Set Kencing Manis Ini Jadi Pilihan Abah Saya

Salam, abah saya kena kencing manis lama dah. Masa saya tengah belajar di UIA lagi. Masa tu sy diperkenal dgn suplemen ni tp ayah sy tak nk cuba sbb katanya tak berbaloi kalau tak jadi. Dia cuba beli yg ada di farmasi, klinik swasta, & ubat2 cadangan dari kawan2nya je masa tu. Daripada tahun 2009 sampailah tahun 2012 saya cuba yakinkan dia dgn suplemen ni utk cuba akhirnya pada tahun 2013(tu pun hujung tahun) saya berjaya yakinkannya utk cuba selama 1 hari. Saya cakap kat dia dgn bertanyakan 2 soalan, "stakat abah mkn ubat klinik & mkn ubat yg kwn abah suggest ni, apa kesan selepas makan?"

Jawapan abah, "setakat abah makan ubat, kesannya memang cepat utk turunkan gula darah abah. Tapi, kesan keduanya badan abah rasa tak selesa sbb akan jadi sakit2 dlm badan, lenguh2 dan letih. Kesannya rasa mcm nak tidur jer *walaupun gula dalam darah turun* mendadak, tapi badan abah jadi penat letih tak terkira. Bila tidur banyak bangun pun jadi sakit badan. Perut pula lapar yg amat sedangkan makan pn tak boleh makan banyak sangat."

Soalan kedua saya, "pernah tak abah terlupa nk makan ubat dlm satu hari?"

Jawapan abah, "abah pernah tak makan ubat 1 hari sbb terlupa tapi kadang2 tu sbb malas. Alasan jadi malas sbb tak nak rasa sakit2 badan & urat lepas makan ubat tu."

Selepas saya tanya 2 soalan ni, saya mula bagi cadangan pd dia dgn soalan,

"kalau abah isi masa 'terlupa' abah tu cuba dulu makan suplemen yg zaeim nk bg abah try ni boleh tak? Paling tidak abah cuba dulu satu hari & tengok kesan makan lepas 1 hari makan. Sekurang2nya, ada juga pengisiannya."

Keputusannya, seperti dalam gambar di bawah ni

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇


Sampai ke hari ini ayah saya dah jadi pengguna setia produk suplemen ini untuk atasi masalah kencing manisnya. Katanya, "Makan tak pernah buatkan badan rasa penat dan letih, sebab suplemen ni berikan kesegaran & tenaga untuk abah buat banyak kerja satiap hari. Kerja jalan tidur rehat pun cukup elok."

Ingin menempah set kencing manis ini, hubungi saya ya semua! Anda boleh simpan no telefon saya ni, 013-2608304 atau boleh whatsap saya melalui link www.wasap.my/60132508304/

Thursday, November 30, 2017

BMI: The Skinny on Body Mass Index - What's Up, USANA?

BMI: The Skinny on Body Mass Index - What's Up, USANA?: What is BMI? Standard BMI measurements are meant to be a general tool. Learn how to measure BMI. why BMI seems to be so controversial yet widely relied upon.

Wednesday, November 29, 2017

ATLET TRIATHLON MALAYSIA & KAPTEN DODGEBALL MALAYSIA ANTARA ATLET MALAYSIA YANG MEMANFAATKAN SUPLEMEN USANA UNTUK KEMAJUAN SUKANNYA

USANA HEALTH SCIENCE - TAMPIL MEMBERI SOKONGAN TERHADAP INDUSTRI SUKAN NEGARA [ 9 OGOS 2016]


Published on Aug 9, 2016: 

"Satu lagi syarikat swasta tampil memberi sokongan terhadap industri sukan negara.
Syarikat nutrisi antarabangsa, USANA Health Science yang berpengkalan di Amerika Syarikat tampil menaja dua atlet sukan ekstrem sebagai sokongan untuk memastikan Malaysia turut berada dalam kelompok terbaik dunia."

Kenyataan di atas dikeluarkan oleh pemberita yang disampaikan melalui berita nasional TV1, rangkaian siaran televisyen terbesar di Malaysia. Pendedahan ini membuka peluang kepada pengedar Usana serta mana-mana wakil bebas dari kalangan atlet sukan untuk mengukuti program pemakanan suplemen yang lebih berkualiti dan lebih dipercayai dari sudut sains & kesihatan.

Cuba anda lihat tontonan klip video yang diambil dari channel youtube TV1 ini untuk pencerahan yang lebih berinformasi.


Bagi rakyat Malaysia yang sukakan penjagaan kesihatan dari sudut kemajuan sains & pembuatan produk yang lebih berkualiti, inilah saluran dan tempat baginya. USANA sudah dikenali di seluruh dunia oleh ramai atlet-atlet bertaraf antarabangsa bukan sahaja diambil oleh mereka untuk kemajuan sukan semata. Bahkan, memilih USANA sebagai produk regimen disiplin untuk penjagaan kesihatan mereka pada setiap masa dan hari.

Anda boleh layari & ikuti perkembangan salah satu daripada aktiviti atlet-atlet USANA ini menerusi laman sosial mereka di www.facebook.com/teamusana atau boleh juga layari web rasmi team usana di www.teamusana.com untuk melihat senarai atlet-atlet kelas antarabangsa dari pelbagai negara yang mengikuti program suplemen dari syarikat USANA ini.

Friday, November 24, 2017

Senaman Anti Strok


Jika anda ada potensi menerima serangan strok, cuba tonton video ini sampai habis. Dari awal sampai habis, terdapat 18 cara senaman paling mudah untuk rangsangkan sel saraf anda bekerja.

Selamat mengamalkan tip sihat ini ya!😍

Monday, November 20, 2017

Sejauh manakah keperluan saya nak ambil vitamin A dalam diet tambahan saya?

ADAKAH VITAMIN A BERACUN?

Vitamin A boleh bertoksid bila terlebih ambil, dan sama juga zat besi(iron), selenium, manganese(mangan), vitamin D serta beberapa lagi nutrien-nutrien lain. Namun, ia agak mustahil untuk jadi terlebih dalam pengambilan bersama air tulen. Kita tak lagi risau dengan isu keracunan vitamin D, tetapi dalam beberapa kes, vitamin A memang masih jadi isu lagi setakat ini.

Kebimbangannya masih lagi tak terjawab. Hanya kerana retinol itu berkemungkinan jadi beracun, bukanlah ianya membawa maksud retinol itu betul-betul bertoksid sampai menganggap bahawa ia sepatutnya dielak terus dari diambil.

Mari kita lihat dari sudut pandang yang lebih rasional bilamana menyentuh tentang had pengambilan vitamin A ini. Kalau ikutkan perbincangan suatu ketika dulu, telah lama cadangan mengatakan pengambilan vitamin A jenis retinol(pre-formed) tidak sepatutnya melebihi 10,000 IU buat golongan wanita dari kalangan ibu mengandung, kerana menganggap kesan kononnya mungkin bakal mendatangkan kelemahan pada pertumbuhan bayi dalam kandungannya pula.

Kesan dari tanggapan ini, menyebabkan pakar-pakar dari kalangan profesional juga turut tersalah anggap sehingga meletakkan kayu ukur terakhir bahawa had itu tadi adalah had 'toksid', bahkan menasihati wanita mengandung ini supaya melarang dari mengambil vitamin A kesemuanya terus. Padahal, itu bukannya kayu pengukur yang selamat pun untuk menilai cara yang betul, lagipun ia belum ada penunjuk aras yang tepat lagi nak kata bahawa vitamin A itu bertoksin.

Hakikatnya, belum pernah lagi kes-kes berlakunya kecacatan pada perkembangan bayi semasa lahir sekalipun apabila seseorang ibu mengandung sebelum daripada itu pernah mengambil vitamin A pada paras sukatan 25,000 IU ke bawah.

Jadi, 10,000 IU sebenarnya bukan sukatan menunjukkan paras toksid, sebaliknya ia cuma tanda aras menunjukkan tahap selamat sahaja. Namun, tahap 25,000-50,000 IU yang diambil secara kronik berbulan-bulan dan bertahun-tahun itu boleh jadi bermasalah yang berat juga, cuma bagi seseorang yang pada peringkat awalnya memang sudah ada masalah organ hati yang rosak dalam badannya. Sebenarnya, tahap ia boleh jadi bertoksid itu terlalu sukar nak diperolehi sekadar dari diet atau dari multivitamin suplemen semata(melainkan jika anda jenis suka ambil makanan yang ada organ hati sepanjang hari dalam diet anda). Secara asasnya, anda akan mengalami vitamin A yang bertoksid atau beracun jika anda mengamalkan jenis suplemen yang mengasingkan konsep multivitamin dan hanya bergantung semata-mata pada suplemen vitamin A sahaja, serta ditambah lagi dengan diet bekalan minyak organ hati ikan laut cod sepanjang hari setiap masa.
Vitamin A yang wujud dalam bentuk retinol, retinyl palmitate, atau retinyl acetate ini bukanlah satu jenis keluarga vitamin A yang boleh menakutkan atau perlu dielak pun. Sebaliknya, ia juga merupakan salah satu vitamin yang penting juga.

Perang Antioksidan Melawan Radikal Bebas Dalam Tubuh Anda




Apa itu Radikal bebas?

Radikal bebas (pro-oxidant) merupakan atom-atom atau molekul-molekul yang kehilangan elektron (elektron yang tiada pasangan). Mereka adalah bahan-bahan reaktif yang boleh terbentuk dalam banyak cara, dan bilamana sudah terbentuk, mereka boleh guna reaksi tindakbalasnya itu untuk merosakkan komponen-komponen penting yang ada dalam setiap sel – contohnya membran sel – malah serumit makromolekul seperti DNA. Keroskan seperti ini akan mengakibatkan mutasi, kecacatan fungsi, malah kematian pada sel badan. Bagi meminimumkan potensi kerosakan daripada tindakbalas radikal bebas ini, maka tubuh manusia akan menggunakan sistem pertahanan daripada antioksidan-antioksidan.

Apa itu antioksidan?

Antioksidan pula merupakan molekul-molekul yang mampu menyelamatkan interaksi hubungan tindakbalas radikal bebas ini kemudian menghapuskan reaktiviti tindakbalas mereka itu, sebelum daripada komponen-komponen selular penting dalam sel itu dimusnahkan mereka. Namun, ada juga sedikit atau beberapa jenis sistem enzim dalam badan yang mampu melawan radikal bebas, antaranya adalah mikronutrien (vitamin/mineral) antioksidan utama seperti vitamin E, beta-carotene, vitamin C, dan selenium. Tubuh manusia tak boleh nak hasilkan mikronutrien-mikronutrien ini, jadi mereka seharusnya diambil melalui diet. Malahan, terdapat banyak juga nutrien-nutrien yang diambil dari tumbuhan(phytonutrients) yang mana bertindak selaku antioksidan kuat dalam tubuh manusia.

Agak mustahil juga nak elak kerosakan daripada serangan radikal bebas ini secara menyeluruh.
Kewujudan radikal bebas ini muncul dari kedua-dua jeniz sumber ini, samada dalaman (endogenous) dan dari luaran tubuh badan (exogenous). Oksidan-oksidan yang berkembang daripada proses-proses dalam badan kita ini membentuk keputusan kesan kepada normal pada pernafasan, metabolisma, serta keradangan. Antara bentuk radikal bebas exogenous yang datang dari faktor persekitaran contohnya seperti pencemaran, cahaya matahari, latihan senaman yang terlalu berat, merokok, serta meminum alkohol. Malangnya, tiada satupun sistem antikoksidan itu adalah lengkap, maknanya sel-sel serta DNA itu sendiri dirosakkan oleh tindakbalas oksidasi hasil daripada faktor umur kita jua yang turut meningkat sama.

Apa itu vitamin B12?

Vitamin B12 adalah vitamin B yang penting untuk kesihatan manusia & ianya mudah larut di dalam air. Dari segi tindakbalas kimianya — ia merupakan vitamin yang paling kompleks di antara semua jenis vitamin — ia juga unik dalam dua keadaan. Satu-satunya jenis vitamin yang mengandungi komponen mineral, dan salah satu daripada beberapa isi zat penting dalam tubuh badan manusia yang memiliki mineral cobalt, ialah vitamin B12.

Peranan Vitamin B12, Folic Acid & B6 Dalam Mengawal Tahap Homocystein Darah Manusia
Vitamin B12 juga sejenis koenzim, bermaksud fungsinya hampir dekat dengan (dan penting juga untuk) satu atau banyak aktiviti enzim. Dalam badan manusia, vitamin B12 akan mengikat pada enzim yang ada tujuannya untuk kitaran metabolik folic acid, juga vitamin B lain, yang turut diperlukan untuk metabolisma asid amino, sintesis asid nucleic, pembentukan sel darah merah, juga untuk ketahanan sintesis myelin(dinding pembalut sel saraf manusia). Vitamin B12 yang rendah dalam badan boleh mengganggu proses regenerasi folic acid serta merencatkan pertumbuhan akibat daripada folic acid yang rendah. Inilah sebabnya, kadang-kadang isu kekurangan vitamin B12 ini menjadikan ujian makmal dan simptom-simptom analisis klinikalnya itu dikelirukan dengan berkurangnya zat folic acid.

4 Kesan Buruk Bila Badan Kekurangan Vitamin B12 & 7 Petanda Menunjukkan Anda Sedang Kekurangannya Dalam Badan
Kadar serapan vitamin B12 ini berperingkat-peringkat tahap prosesnya, dan kegagalan dalam mana-mana tindakbalas sistem enzim samada melibatkan proses pembuangan, pengangkutan, maupun penyerapan B12, boleh mengakibatkan sukatan vitamin B12 turut jadi rendah bacaan dalam badan kita. Bukan setakat dari sudut tindakbalas dalaman sahaja, isu kekurangan sukatan vitamin B12 ini juga boleh terjadi kerana diet kita ambil dari makanan juga tak mencukupi permintaannya. Simptom-simptom klinikal akibat kekurangan vitamin B12 ini boleh mengakibatkan badan dengan penyakit seperti:-
1. Anemia yang agak teruk, 
2. Berlaku keadaan seperti kebas-kebas serta semut-semut pada bahagian tangan dan kaki, 
3. Akan berlaku lemah daya keseimbangan tubuh, koordinasi jalan tak seimbang(jalan terhuyung hayang), serta 
4. Boleh juga mengakibatkan masalah sakit mental. Kes seperti vitamin B12 yang terlalu rendah ini kadang-kadang agak sukar untuk dirawat.
Vitamin B12 bekerjasama dengan folic acid dan vitamin B6 dalam proses mengekalkan sukatan homocysteine, iaitu salah satu faktor bebas yang berisiko tinggi kepada berlakunya penyakit kardiovaskular.
Semua sumber vitamin B12 yang dijumpai di alam sekitar ini kebanyakannya dijadikan oleh mikroorganisma.
Namun, sumber-sumber diet yang selalu wujud termasuklah seperti daging dengan produk berunsurkan daging, serta jarang-jarang sekali ada juga pada produk berasaskan susu. Pengamal diet vegetarian yang terlalu ketat boleh meningkatkan kadar kekurangan vitamin B12 yang terlalu tinggi memandangkan mereka tiada langsung diet berunsurkan daging, melainkan kalau makanan mereka itu didiami oleh mikroorganisma. Oleh sebab itulah, dengan cara membekalkan vitamin melalui kaedah suplemen boleh membantu selesaikan masalah kekurangan vitamin B12 dalam diet mereka.
Setakat ini, belum jumpa lagi rekod pemerhatian menunjukkan kesan buruk jika vitamin B12 diambil pada mana-mana sukatan sekalipun.

190
Apakah 7 petanda awal bila kekurangan vitamin B12? Sila tonton video di bawah ini:


Friday, November 10, 2017

SAKIT LUTUT APAKAH SOLUSI YANG SEPATUTNYA?

APAKAH ALTERNATIF TERBAIK DARI KACAMATA SAINS DALAM MENANGANI MASALAH SAKIT LUTUT?

Satu penulisan yang diterbit di dalam Jurnal Perubatan Sukan British (British Journal of Sports Medicine) telah mendedahkan mengenai kesan pengambilan suplemen glucosamine dalam keupayaan fungsinya serta kesan pengambilan dalam masalah yang berkaitan dengan sakit lutut pada individu-individu yang pernah mengalami sejarah osteoarthritis dan masalah tulang rawan rosak.
Secara rawaknya, subjek dibekalkan samada dengan glucosamine atau placebo dengan kedua-duanya selama 12 minggu pada dos sebanyak 2000 mg setiap hari. Terdapat empat sesi ujian telah dibahagikan dalam ujian ini. Sebarang perubahan pada fungsi dan rasa sakit lutut itu dapat dinilai melalui keberkesanan yang dibuat dalam ujian secara klinikal ini(terdiri daripada ujian pemeriksaan pada sendi, "jalan itik" sejauh 3 meter, serta turun naik tangga berulang kali). Selain itu, dua bentuk kaedah soal jawab yang berbeza-beza juga turut digunakan bagi menilai tahap perubahan pada sakit lutut yang berlaku.
Kumpulan yang menggunakan bekalan glucosamine didapati menerima kelebihan pada kualiti markah yang lebih baik bila masuk minggu ke 8 dan 12 berbanding dengan kumpulan satu lagi(kumpulan placebo). Berdasar pada penilaian dari laporan perubahan 12 minggu tempoh pembekalan suplemen yang direkod melalui kaedah soal jawab, terbukti 88% daripada kumpulan glucosamine menunjukkan rekod peratus kemajuan dalam menangani masalah sakit lutut jika dibandingkan dengan bacaan 17% sahaja berjaya direkodkan dari kumpulan yang satu lagi. 
Keputusan dari ujian-ujian ini jelas mencadangkan betapa pembekalan suplemen glucosamine dapat beri peratus kelegaan serta mampu juga membantu meningkatkan fungsi setiap individu yang mengalami sakit lutut yang terlalu kronik akibat kehausan tulang rawan yang rosak atau ostelarthritis. Keputusan ini turut mencadangkan bahawa pada sukatan glucosamine sebanyak 2000 mg setiap hari, majoriti peningkatannya dapat dilihat bila mencecah di saat tempoh lebih lapan minggu ke atas.

Thursday, November 9, 2017

Zat premium untuk bayi melalui pemakanan Ibu

TESTIMONI....!!!

Apa itu Bi-Omega 3 Plus? (Klik sini untuk info lanjut lagi...)

Saintis usana menformulakan set berasaskan minyak ikan ikut keperluan kesihatan juga. Banyak manfaat yang boleh kita bongkar bila kita mengamalkan khasiat minyak ikan omega 3 tulen yanh betul ni. 

Kalau kat pasaran, anda akan jumpa juga beberapa nama lain untuk produk jenis minyak ikan ini. Tapi saya nak khususkan kepada nama minyak ikan dari brand Usana yang di jual dalam pasaran Malaysia sahaja. Kalau di negara luar, di tempat selain daripada negara Malaysia, nama minyak ikan omega berbeza sikit berbanding nama minyak ikan di Malaysia. 

Kalau tanya kenapa nama lain-lain? 

Jawapan logiknya ialah, setiap tempat itu punyai profil keperluan kesihatan yang berbeza-beza jika nak bandingkan dengan negara di mana kita duduk sekarang. Keperluan kesihatan manusia tak sama. Jadi, ada patut juga nama minyak ikan ini dinamakan dengan nama yang berlainan menunjukkan kelainan nama disebabkan perbezaan profil keperluan manusia setempat. Contoh macam di Malaysia, nama minyak ikannya ialah, Biomega 3 Plus. Tak sama dengan minyak ikan usana yang dijual di negara lain. <baca lagi...>



Ibu Hamil Anak Yang Sihat, Apakah Diet Utama Untuknya & Apakah Rujukan Utama Untuk Dapatkannya?




Rujukan pertama



Sudah pasti, wanita mengandung harus memilih suplemen vitamin yang betul menerusi cadangan yang sesuai dengan situasinya ketika itu. Sebaiknya, mereka perlu berbincang dengan pakar yang arif tentang keadaannya seperti pakar diet atau nutritionist, atau dikenali juga sebagai fizisyen(physician). Tapi, di Malaysia, agak jarang nak jumpa pakar seperti ini yang betul-betul berkecimpung dalam bidang diet pemakanan ini. Paling sukarpun, sekadar berjumpa dengan wakil dari farmasi atau farmasist sahaja. Itu dikira yang paling terbaik setakat ini. Tapi, yang paling terakhir sekali ialah, doktor hospital. 

Sebenarnya, anda boleh berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik. Tapi, adalah elok jika doktor itu juga tahu tentang diet & pemakanan. Sekurang-kurangnya mereka boleh beri nasihat yang wajar tentang pemakanan tambahan mana yang sesuai untuk anda juga. 


Biasanya, para doktor atau pakar physician yang berlesan, mereka akan memiliki satu buku panduan khas yang dinamakan MIMS(Master Index of Medical Specialities) atau PDR(Physician Desk Reference) untuk rujukan mereka dalam membuat penilaian semasa menentukan preskripsi ubatan atau cadangan makanan tambahan yang sesuai akan dibuatnya kepada mana-mana pesakit mereka. 


Buku panduan ini jadi rujukan utama para doktor perubatan & para pakar pemakanan bagi menentukan preskripsi mana satukah yang terbaik dan sesuai untuk pesakit mereka. Di dalam buku ini terdapat pelbagai jenis senarai ubatan serta senarai vitamin & juga senarai brand suplemen yang disediakan. Dari situ, doktor akan memilih senarai tersebut mengikut kesesuaian pada penilaian profesionalnya. Apa yang melegakan ialah, antara banyak senarai itu, produk-produk usana juga turut tersenarai di dalamnya.
Ibu & Bayi Sihat
Diet yang betul & sihat merupakan cara terbaik untuk dapatkan nutrien, tapi suplemen vitamin tambahan pun boleh menyampaikan kelebihan yang baik sebagaimana diet yang sihat itu tadi juga. 

Akan tetapi, terlalu penting sekali untuk kita ingat bahawa suplemen vitamin tambahan sebenarnya sangat terbaik sekali jika diamalkan ketika seseorang itu sudah mengamalkan diet seimbang yang sihat sebelumnya lagi, bukan pula diamalkan kerana untuk tukar ganti amalan sihat itu tadi dengan produk suplemen semata-mata. 




Perbaiki Persepsi Buruk Mengenai Suplemen Tambahan

Mitosnya - Inilah yang biasa kita pernah dengar, kononnya mengamalkan pemakanan produk suplemen tambahan ini tujuannya adalah kerana menggantikan diet harian kita di rumah. Sehingga, ada yang sanggup berfikir bahawa bila makan suplemen, tak perlu lagi jaga diet kononnya dengan suplemen sudah memadai boleh jaminkan kesihatan abadi. Wah, ajaib sungguh suplemen ini jika benar ia boleh ubah kesakitan itu kepada kesihatan serta merta tanpa perlu hirau lagi tentang penjagaan makanan yang seimbang & betul.

Harapkanlah kemaafan untuk tanggapan diri anda sebegini rupa buat masa ini, kerana pandangan seperti tadi itu ternyata mustahil & salah sama sekali!

Tapi, inilah tanggapan majoriti daripada kita hari ini. Jadi, jika anda juga masih beranggapan begitu, buanglah tanggapan ini sejauhnya! Tinggalkan pandangan sebegini untuk era baru pada masa kini. 

Sebenarnya, sebagai kesimpulan dalam soal seperti ini, biar saya 'cerahkan' penjelasan saya dengan membuat sedikit pendekatan kepada diet asal kita dari awal-awal kejadian kita di rumah lagi. Ini menunjukkan bahawa betapa perlunya amalkan diet seimbang itu dari saat awal-awal lagi anda diberikan suapan makanan dari orang tua anda di rumah. 

Cuma, satu perkara lagi yang harus anda sedar tentang keadaan diri anda itu ialah bila semakin bertambah usia, anda tak dapat lari dari hakikat tua. Inilah dinamakan oleh saintis sebagai proses penuaan. Manusia wajib akan berdepan dengan hakikat ini. Inilah kunci diri anda bahawa kenapa kita sangat-sangat perlukan kepada TAMBAHAN dari luar lagi selain daripada hanya penggantungan kita kepada menjaga diet seimbang semata. Tapi, usana & ahli usana sendiri dididik supaya bukan juga bergantung kepada suplemen usana semata jika diet seimbang di rumah & penjagaan badan di luar rumah juga tidak dibentuk dengan penjagaan yang rapi,tetap akan jatuh sakit juga akhirnya. 

Pokoknya, amalkanlah keseimbangan dalam setiap segi samada seimbang dalam diet makanan di rumah, seimbang dari aktiviti fizikalnya, pada masa yang sama disiplinkan diri dengan pengambilan suplemen yang betul dan tepat untuk diri anda.

Diet Ibu & Bayi Yang Sihat


Sekarang saya sentuh mengenai diet ibu & bayi yang sihat, yang mana akan jadi persoalan utama dalam entri saya kali ini. Sebelumnya, saya cuma sentuh sikit tentang pengenalan sebelum anda dibawa lebih jauh sedikit tentang diet sihat untuk ibu & bayi anda dalam kandungan. 

Menyentuh tentang topik hamil & diet, persoalan besar yang timbul ialah, mungkin dari segi isu keselamatan atau kesesuaian produk untuk wanita mengandung ini diamalkan untuk amalan harian mereka di mana-mana.
Jadi, soalan ini pasti timbul...
"Bolehkah Saya ambil Produk USANA Sedangkan Saya Mengandung ATAU Saya Dalam Tempoh Menyusukan Anak?"
JAWAPANNYA: Ya, anda boleh! 
Cuma, persoalan baru pula mungkin timbul... 
Bagaimana dan sejauh manakah galakan ibu yang hamil itu boleh mengutamakan USANA sebagai produk amalan harian yang meyakinkan mereka?
Hasil daripada info yang saya dapat melalui gedung pustaka USANA (ask scientist USANA), terdapat 3 jenis zat penting yang mana sangat membantu dalam perkembangan kesihatan untuk si ibu dan bayinya. 
Umumnya, pasti anda boleh mengambil produk USANA ini walaupun anda sedang merancang untuk hamil, sedang hamil maupun menyusukan anak anda itu. Di sini, saya kongsi kepada anda tentang produk USANA mana satukah yang sesuai untuk anda amalkan! (In Shaa Allah, jangan risau.... Semuanya HALAL dan BAIK-BAIK :-)
Sebelum itu, saya cerita sedikit tentang zat-zat yang patut diambil oleh ibu yang merancang apatah lagi yang mengandung. 

Secara kasar ada 3 jenis zat yang paling utama bila sebut tentang penjagaan kesihatan untuk kedua-dua insan bergelar ibu dan bayi ini. Saya akan berikan 3 senarai zat-zat yang baik besertakan sedikit penjelasan ringkas mengenai sebab kenapa ianya penting untuk diamalkan bagi kaum ibu yang merancang untuk hamil & melahirkan bayi mereka:-

1 - Folic Asid diakui sangat membantu!
Menerusi kajian terkini, dapat dipastikan bahawa wanita yang merancang untuk hamil(dan wanita yang sedang hamil sekalipun) adalah terbaik bagi dirinya untuk mengguna sekurang-kurangnya 400 mikrogram sukatan folic acid setiap hari. Jika si ibu tak cukup sukatan pengambilan ini dalam beberapa bulan terawal tempoh kehamilannya itu, si anak atau bayi di dalam kandungannya itu(fetus) dijangka mengalami pertumbuhan saluran saraf yang terbantut (berisiko mengalami spina bifida). Beberapa ujian klinikal menunjukkan bahawa pengambilan sekurangnya 400 mikrogram sukatan folic acid memang boleh mengurangkan risiko cacat pertumbuhan sebanyak 70% daripada biasa.
Tapi, jangan terlalu cepat membuat penilaian! 

Satu lagi hakikat sebenar yang perlu anda tahu tentang folic acid ialah sumber zat ini perlu diambil bersama dengan beberapa lagi zat tambahan lain bersama-sama dengannya dan tidak mampu untuk diserap dengan baik jika tanpa zat-zat tersebut! Zat-zat yang dimaksudkan ialah seperti zat vitamin B6, dan vitamin B12. In Sha Allah, atas alasan inilah kenapa beberapa set produk USANA lain juga turut diperlukan selain daripada set minyak ikan Biomega 3 plus usana semata. Hasilnya, ada di antara pengguna usana saya yang ambil set khusus USANA untuk ibu & bayi sihat ini, gembira dengan keputusan kesihatan mereka, samada sebelum melahirkan maupun selepas melahirkan anak mereka, kedua-duanya sihat!

2 - Iron (Zat Besi) 
Zat Besi atau Iron juga penting dalam fasa kehamilan. Sains Akademik Kebangsaan (The National Academy of Sciences) mencadangkan agar semua wanita hamil untuk makan makanan diet yang seimbang dan ambil pengambilan zat besi (iron) yang membekalkan 30 miligram sukatan iron (zat besi) terutama sekali ketika fasa kedua dan ketiga trimester tempoh kehamilannya.

Kajian juga membuktikan bahawa asid lemak penting (essential fatty acids) secara terperinci ialah asid docosahexaenoic (DHA), adalah kritikal untuk pertumbuhan anak-anak kecil itu. Walaupun keperluan untuk hamil belum ditetapkan, mereka seolah-olah melebihkannya berbanding daripada wanita yang bukan hamil. 

Kebanyakannya, ramai wanita hamil masih lagi tidak menerima sukatan sumber zat asid lemak omega 3 yang mencukupi menerusi diet mereka sendiri kerana sumber utamanya itu pula diambil daripada sumber makanan laut yang akibatnya sudah pastilah terdiri daripada sumber terlarang untuk mereka amalkan semasa dalam tempoh hamil itu sendiri. 


Dengan sebab inilah, bagi wanita-wanita hamil yang memerlukan asid lemak omega-3 secara sempurna, kepelbagaian satu sumber diet itu, lebih bermakna apabila memasukkan keperluannya dengan pengambilan suplemen berasaskan minyak ikan. Maka di sinilah keperluan produk minyak ikan bernama Biomega 3 Plus dari brand usana dicadangkan.
Makan dengan betul di dalam tempoh kehamilan ialah salah satu perkara paling hebat yang anda boleh lakukan untuk diri anda sendiri dan juga untuk bayi anda. Suplemen tambahan mungkin mampu menyediakan suatu faedah penting, tapi ianya juga perlu dibincang dengan pakar kesihatan dalam bidang anda itu.

Jika anda memiliki pertanyaan dan persoalan, boleh ajukannya menerusi nombor saya ini, 016-4208304 atau boleh juga tinggalkan pesanan ke PETI INBOX laman sosial saya, (klik di sini)

Jamulah darah anda dengan nutrien yang betul, bukannya jamuan yang tidak diperlukan


Badan kita ni memang ajaib, setuju tak?

Hari ini saya rasa nak kongsi kepada pengunjung blogspot saya baca sikit entri menyentuh tentang darah dan akan datang nanti, mengenai sistem kardiovaskular.

Sel darah merah kita sebenarnya boleh hidup secara puratanya cuma 120 hari sahaja. Sel darah merah tak ada nukleas, maknanya ia tiada kebolehan untuk melakukan proses pembelahan dua maupun melakukan sintesis untuk hasilkan selular darah yang baru. Sumsum tulang sentiasa menghasilkan sel darah merah bagi menggantikan sel darah merah yang sudah luput atau mati.

Terdapat hampir 2.5 trilion sel darah merah di dalam badan anda pada satu-satu masa. Untuk seimbangkan angka ini, badan perlu hasilkan 2.5 juta sel darah merah pada setiap 1 saat di tulang sumsumnya. Maknanya lebih 200 bilion sel darah merah baru bakal terhasil pada setiap hari.

Terdapat 5.6 liter darah akan mengalir melalui saluran darah badan untuk setiap 1 minit sebanyak 3 kali, maknanya, untuk 1 sel darah merah itu mengelilingi ke seluruh badan anda bakal ambil masa sepantas 20 saat.

Saluran darah arteri yang paling besar, aorta namanya, diameter ukurannya hampir sama saiz gegelung paip getah yang ada di depan taman rumah anda.

Saluran kapilari pula, sebaliknya, cuma 1 per 10 diameter 1 helai rambut manusia. Wow, halus giler nak mampus kot!

Sebenarnya, jantung manusia mampu hasilkan tekanan yang mencukupi bilamana ia mengepam darah itu untuk dipancutkan sehingga melebihi 10 meter jarak (30 kaki).

Yang menariknya, rupa-rupanya gelak ketawa juga boleh beri kebaikan kepada jantung anda jadi sihat. Selain dari merendahkan kadar 'stress', gelak ketawa juga boleh beri kelegaan dan memanjangkan lagi kelancaran peredaran darah di dalam saluran darah, sebagus 20% kadar kenaikannya.

Cuma satu perkara yang perlu anda tau, apa sahaja jenis nutrien anda nak sediakan, ataupun tidak, nutrien itu akan diagih dan dihantar ke tisu-tisu dan sel-sel sepanjang di dalam badan anda setiap masa. Beberapa nutrien contohnya folik asid, vitamin B12, vitamin B6, vitamin A, Copper dan Iron memang diperlukan untuk sokongan penghasilan sel darah merah yang sihat. Kalau 'hangpa' nak "enjin hangpa" tahan lama dan cantik, tak lain dan tak bukan, amaun nutrien-nutrien tadi memang perlu kena cukup sukatannya, cukup bekalannya serta cukup keperluannya. 

Wednesday, November 1, 2017

Apa itu glucosamine?

GlUCOSAMINE

Glucosamine adalah satu blok binaan asas dalam tulang rawan haiwan dan manusia (satu jaringan tisu, berkusyen lembut, dan menyelaputi) tulang-tulang sendi-sendi. Tulang rawan merupakan serat kolagen matrix kompleks yang menjalinkan hubungannya dengan molekul-molekul proteoglycan. Proteoglycan ini saiznya besar dan kompleks makro-molekulnya terdiri daripada rantaian polimer gula amino(kepalanya itu jadi glucosamine). Rantaian-rantaian ini sediakan satu tapak kepada matrix kolagen dan memegang cecair air bagi nak wujudkan fleksibiliti pada tulang rawan, daya pemulihan, ketahanan kepada sebarang tekanan pada sendi.

Disebabkan peranannya penting untuk regulasi pembentukan tulang rawan, glucosamine jadi biasa diguna secara klinikal dalam rawatan osteoarthritis.